mattzzx Publish time 8-4-2024 09:35 AM

Spurs cerahkan peluang ke Liga Juara-Juara

https://assets.bharian.com.my/images/articles/spurs8424a_1712532917.jpg
Pemain Tottenham Hotspur, Micky van de Ven (tengah) meraikan jaringannya bersama James Maddison (kiri) dan Cristian Romero ketika menentang Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Tottenham Hotspur mencerahkan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara selepas menang 3-1 di laman sendiri awal pagi tadi ke atas Nottingham Forest yang berusaha mengelak penyingkiran sekali gus melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Gol babak kedua menerusi Micky van de Ven dan Pedro Porro, selepas penyerang Forest, Chris Wood memadamkan gol sendiri Murillo pada babak pertama, menyaksikan Spurs mengambil kesempatan susulan pencabar mereka Aston Villa dan Manchester United keciciran mata hujung minggu ini.

Kemenangan Tottenham membolehkan mereka terikat bersama Villa dengan 60 mata tetapi beraksi kurang satu perlawanan dan meninggalkan United jauh dengan 49 mata selepas mereka seri 2-2 dengan Liverpool.

Jurulatih Spurs, Ange Postecoglou bagaimanapun memberitahu wartawan beliau "tidak begitu kisah mengenai perebutan empat tempat teratas, apa yang saya pentingkan cara pasukan ini berkembang."


Tottenham mendahului selepas 15 minit apabila Murillo dari Brazil, yang beberapa minit terdahulu hampir menjaringkan gol menakjubkan dari dalam kawasannya sendiri, tertampan masuk hantaran silang Timo Werner ke dalam golnya sendiri.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/spurs8424b_1712532920.jpg
Pemain pertahanan Nottingham Forest, Murillo (tengah) menjaringkan gol sendiri yang juga gol pertama Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Spurs berleluasa dan gol kedua seperti tidak dapat dielakkan hingga Forest menyamakan kedudukan bertentangan dengan arus perlawanan pada minit ke-27 menerusi gol keempat Wood dalam empat perlawanan.

Forest berasakan Spurs patut beraksi 10 pemain sejurus sebelum rehat apabila James Maddison kelihatan menumbuk Ryan Yates ketika insiden tanpa bola tetapi VAR enggan mencelah.

"Ia tidak kelihatan dia menumbuknya, dia menumbuknya," kata pengurus Forest, Nuno Espirito Santo kepada wartawan.

"Saya terkejut VAR tidak memberitahu (pengadil) Simon (Hooper) untuk menyemaknya semula kerana secara jujurnya, Maddison hilang pertimbangan dan ia satu tumbukan ke perut."

Kekalahan itu meninggalkan Forest di tangga ke-17 dengan 25 mata daripada 32 perlawanan, di atas pasukan ketiga tercorot Luton Town hanya menerusi perbezaan jaringan. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1232767/spurs-cerahkan-peluang-ke-liga-juara-juara
Pages: [1]
View full version: Spurs cerahkan peluang ke Liga Juara-Juara


ADVERTISEMENT