mattzzx Publish time 8-4-2024 09:30 AM

Klopp beri amaran kepada United

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-MAN_UTD-LIVERPOOL_1712527674.jpg
Klopp berang dengan prestasi pemain pada perlawanan Liverpool menentang United. -FOTO AFP

London: Jurgen Klopp memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka akan dikalahkan Arsenal bulan depan jika mereka bermain seperti yang mereka lakukan ketika menentang Liverpool.

Klopp menggesa Liverpool untuk 'bertenang' selepas kehilangan kedudukan pendahulu Liga Perdana selepas seri 2-2 di Old Trafford awal pagi tadi.

United masih boleh membantu pasukan Klopp, kerana mereka akan melayan kunjungan Arsenal - pemimpin baharu liga - pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, Klopp berkata United perlu meningkatkan permainan mereka jika mereka mahu menghentikan penguasaan pasukan Mikel Arteta.


"Barangkali," kata bos Liverpool itu, apabila ditanya sama ada dia akan bersorak untuk United pada 11 Mei. "Jika kami masih berada di situ pada masa itu, itu akan menjadi hebat."

"Tetapi Arsenal adalah pasukan bola sepak yang bagus. Jika mereka (United) bermain seperti hari ini, Arsenal akan memenangi perlawanan itu, saya 100 peratus pasti. Saya minta maaf untuk mengatakannya."

Perlawanan awal pagi tadi adalah kunjungan kedua Liverpool ke Old Trafford dalam tempoh tiga minggu dan mereka melakukan sejumlah 53 percubaan sepanjang dua perlawanan itu namun masih tidak menang.

Mereka tewas 3-4 dalam aksi suku akhir Piala FA pada 17 Mac dan kini kehilangan dua mata penting Liga Perdana dalam pertempuran kejuaraan liga dengan Arsenal dan Manchester City.

"Ia adalah fakta, kami sepatutnya memenangi kedua-dua perlawanan tetapi tidak," kata Klopp.

Namun begitu, beliau menambah bahawa penyokong Liverpool tidak seharusnya hilang kepercayaan terhadap keupayaan kelab mereka untuk mencipta sejarah pada musim terakhir pengendali Jerman itu di Anfield dengan memenangi gelaran ke-20 yang menyamai rekod.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1078288/klopp-beri-amaran-kepada-united
Pages: [1]
View full version: Klopp beri amaran kepada United


ADVERTISEMENT