YgBenar Publish time 8-4-2024 06:30 AM

Mengapa Ramai membeli secara dalam talian berbanding kedai fizikal

Edited by YgBenar at 8-4-2024 06:32 AM

KUALA LUMPUR – Harga jauh lebih murah selain akses semakin mudah dan meluas antara faktor mendorong pengguna cenderung berbelanja di platform e-dagang seperti TikTok Shop berbanding berkunjung ke kedai fizikal.



Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Jain Yassin berkata, platform e-dagang juga memudahkan pengguna untuk melakukan proses pemilihan dan pembelian barang.

“Dari sudut harga, sebagai orang yang ingin membeli akan cenderung kepada pembelian secara dalam talian (kerana lebih murah). Yang keduanya penggunaan e-dagang sekarang sudah meluas, secara logiknya ia menyenangkan proses pemilihan dan pembelian barang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan khas Bernama pada Sabtu, berkenaan keluhan peniaga Bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) berikutan jualan kurang memberangsangkan berbanding sebelum ini antara lain disebabkan kemunculan platform e-dagang seperti TikTok Shop.

Selain itu beliau juga tidak menolak kuasa beli yang semakin berkurangan sebagai satu daripada faktor mendorong pengguna untuk lebih cenderung berbelanja di platform e-dagang.

Bagi melindungi peniaga kecil-kecilan yang terpaksa bersaing dengan peniaga dalam talian ini, Jain menyarankan kerajaan untuk menilai satu mekanisme keseimbangan harga.

“Mungkin kerajaan boleh melihat mekanisme keseimbangan harga yang sesuai. Ini kerana penjualan daripada TikTok dan sebagainya ini belum ada cukai spesifik, menyebabkan harga yang dijual di Tiktok lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.

Jain berkata, sekiranya harga ditawarkan secara dalam talian terlalu rendah tanpa sebarang kawalan, ia boleh menyebabkan gangguan kepada harga pasaran sekali gus menjejaskan peniaga-peniaga yang memfokuskan kepada perniagaan secara fizikal.

Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Adilah Azhari berpandangan kerajaan boleh memperbanyakkan karnival untuk membantu peniaga kecil-kecilan menambah pendapatan mereka yang terjejas akibat persaingan ini.

“Kita faham bahawa kerajaan perlu buat sesuatu untuk menjana pendapatan negara dan juga dalam masa sama menstabilkan pasaran.

“Bila harga (dalam talian) terlalu rendah, jadi mengganggu kepada harga pasaran. Ini menyebabkan secara tidak langsung membelakangkan peniaga-peniaga sedia ada terutamanya peniaga yang fokus kepada fizikal,” katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman turut menyarankan kerajaan untuk mengenakan cukai kepada sebarang transaksi e-dagang di platform media sosial termasuk TikTok bagi melindungi penjaja kecil di negara ini.

Beliau berkata, kewujudan peniaga di platform dalam talian boleh menggugat masyarakat penjaja kecil di negara ini memandangkan harga jualan yang ditawarkan jauh lebih murah.

“Saya ingin menyarankan supaya mana-mana pembeli yang mengguna sistem dalam talian ini dikenakan cukai kerana kita inginkan situasi menang-menang,” katanya. – Bernama

Decaffeinated Publish time 8-4-2024 07:25 AM

Hasil dapatan survey ni untuk projek sains rumah tangga TT ka? No wonder lah :lol:

shernazz Publish time 8-4-2024 11:49 AM

Iols takde beli online pung
Beli siap2 kain sebelum puàsa ..pastu gi Tempah kat tailor...baru kelmarin siap..
Tahun Ni iols kaler olive...

Iols baju2 Ni tak percaya sgt online...

ifanonline Publish time 8-4-2024 11:53 AM

beli online ni mudah, murah, selesa, di hantar terus ke rumah, shopping di tangan shj...

manusia tak perlu bersusah payah ke kedai...

in the future, even profesional services pun akan buat online juga seperti doktor, lawyer, architect, etc

zuuu Publish time 8-4-2024 07:47 PM

Betul la tu,bukak shopee tengok baju raya kebetulan ada yg berkenan,time promo 25.3 tu dapat diskaun dari seller n shopee plus free delivery,terus grab sehelai,asalkan ada baju baru sudah:lol:

Zack8hunter Publish time 8-4-2024 10:05 PM

Tak kuasa nk bersesak tgh cuaca panas2 ni. Shopping online boleh buat sambil baring atas katil, bwh aircond ;P

kuzaime Publish time 9-4-2024 12:12 AM

Dah bnyk tahun mmg beli online aje. Banyak dapat jimat. Kedai fizikal harga kadang sekali ganda dr harga item yg sama tapi jual online.

hashashes Publish time 9-4-2024 12:17 AM

Beli online la senang, tak payah nak berbondong2 tolak stroller kat klcc. Kang kalau stroller makan space dalam lif jadi headline berita pulak. Anak2 dah tido, buka website baju raya click2 check size apa semua pastu click submit. Settle

noor2 Publish time 9-4-2024 08:40 AM

Penat nk bawak badan beso2 jln merata...

rosmahisham Publish time 9-4-2024 04:00 PM

Aku mtk refund kat lazada 4 helai baju kurung..1 jubah.Cam cilaker kualiti kain..satin kain langsir keras,panas,berat,tebal..jubah pulsk besar nk mampos free size hape? Xxxlll 3 org baru muat pakai..ishh tahun ni igtkn nk tambah2 la baju ..tapi hauk je..nsb baik dh beli awal yg blh pegang2!mahal sikit berbaloi.

dagusengett Publish time 9-4-2024 09:29 PM

Beli baju online yg biasa2 je byk sgt voucher murah2
Kalau yg hat mahal2 designer tu sanggup la nak pi kedai try dulu

B40tastePosh Publish time 9-4-2024 09:42 PM

Meols tak beli pape pon....lebih kepada Alamak Alamak Alamak gitu:lol:

B40tastePosh Publish time 9-4-2024 09:43 PM

dagusengett replied at 9-4-2024 09:29 PM
Beli baju online yg biasa2 je byk sgt voucher murah2
Kalau yg hat mahal2 designer tu sanggup la nak...

Shopee banyak voucher...free shipping bagai.

green~tea Publish time 10-4-2024 08:20 AM

Jahitan dan kualiti kain baju online usually teruk gila..aku suka kedai physical kalo beli baju...

Kecuali uniqlo aku kena order online dulu and pick up store sbb size XS hanya available online... tp boleh tengok sample kat kedai dulu tgk cutting, kain etc then baru aku order online tu


Kalo skincare aku suka online sbb ada stok online banyak... cari kat kedai guardian or watson manjang tak cukup stok

Tinot7 Publish time 10-4-2024 11:18 AM

Iols beli baju raya online.. tapi tertinggal kat opis.. tak memasal kena pi opis utk kutip baju raya di pagi raya..

sapeka Publish time 10-4-2024 11:34 AM

Kamu nanyak?
Murah byk dari kedai
Tak payah hangat
Pages: [1]
View full version: Mengapa Ramai membeli secara dalam talian berbanding kedai fizikal


ADVERTISEMENT