sfhzuraz Publish time 7-4-2024 11:39 PM

'Apa saya beri itu tak seberapa, harap ia jadi saham akhirat'

'Apa saya beri itu tak seberapa, harap ia jadi saham akhirat'


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-04-07_22-00-05_1712498458.jpg
ABU Mansur beri air percuma kepada pelanggan kurang berkemampuan, anak tahfiz dan masjid berhampiran. FOTO Ihsan Abu Mansur Al Mathuridi Azahari



Kuala Terengganu: "Kalau boleh, saya tak nak cari untung saja tetapi nak juga kumpul pahala dalam Ramadan.
"Disebabkan itu, saya sedekahkan air kepada masjid berhampiran, orang kurang berkemampuan dan anak tahfiz yang datang kerana niat nak kongsi rezeki," kata Abu Mansur Al Mathuridi Azahari.
Abu Mansur, 33, salah seorang daripada peniaga di bazar Ramadan Pantai Batu Buruk, di sini dan menjual air balang di gerai diberi nama Air Balang Abang Sado.
Keunikan nama menjadikan gerainya antara yang sering menerima kunjungan pengunjung.
Menurut Abu Mansur, dia bersyukur kerana diberi peluang mencari rezeki dengan berniaga tahun ini malah masih Ramadan hampir sampai ke penghujungnya dan ramai sudah pulang beraya di kampung.
"Alhamdulillah, ada peluang berniaga dan saya tak berseorangan tetapi dibantu pekerja dengan ada di antara mereka pun bertubuh sado.
"Disebabkan itu, saya namakan gerai Air Balang Abang Sado kerana nak nampak kelainan dan unik.
"Seperti peniaga lain, saya tentunya berniaga untuk cari duit dalam Ramadan walaupun ada kerja hakiki lain.
"Bagaimanapun, saya nampak Ramadan juga peluang untuk banyakkan bersedekah, salah satunya dengan apa yang diniagakan iaitu air balang saya.
"Jadi, mana-mana orang yang tak mampu dan anak tahfiz datang ke gerai saya beri percuma saja memandangkan banyak pusat tahfiz di sekitar Terengganu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Abu Mansur berkata, setiap hari iaitu selepas berniaga di bazar, menjadi kemestian dan rutinnya untuk menghantar air ke masjid.
Bagaimanapun, Abu Mansur berkata, air disedekahkan ke masjid berhampiran bukannya lebihan yang tidak habis dijual tetapi dibungkus berasingan .
"Walaupun beri percuma, tak bermakna saya kena beri air lebihan dijual.
"Sebaliknya, saya sudah asingkan khusus buat masjid kerana bab makanan atau minuman tak boleh ambil mudah.
"Apa saya beri itu tak seberapa namun diharap ia jadi saham (akhirat) buat saya terutama dalam 10 malam terakhir ini dan semoga kesempatan kongsi rezeki lagi nanti," katanya.


Disiarkan pada: April 7, 2024 @ 10:01pm
'Apa saya beri itu tak seberapa, harap ia jadi saham akhirat' (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: 'Apa saya beri itu tak seberapa, harap ia jadi saham akhirat'


ADVERTISEMENT