sfhzuraz Publish time 7-4-2024 08:15 PM

UMK cipta aplikasi kit asas tanaman pokok

UMK cipta aplikasi kit asas tanaman pokok

OlehADILA SHARINNI WAHID

07 April 2024 06:39pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/07/2607298.jpg
Tiga penuntut UMK membangunkan aplikasi Grow Your App Stem Kit. Foto UMK



KOTA BHARU - Tiga penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya membangunkan aplikasi Grow Your App Stem Kit yang berupaya membantu kanak-kanak prasekolah mengenali asas keperluan tumbuhan.
Mereka ialah tiga pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW), Siti Nur Syafiqah Abdul Latif, Muslihah Mohd Norhisam dan Siti Nor Syafiqah Muhamad Hanafiah.


Pengarah Ignite Venture Lab (IVL), Dr Hana Yazmeen Hapiz yang membimbing mereka itu berkata, aplikasi tersebut dihasilkan menerusi teknologi Internet of Things (IoT) itu turut memenangi tempat ketiga bagi kategori Make Stem Fun Again di Program Sustainathon Malaysia 2024 di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur pada 3 April lalu.
Katanya, mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan sijil penyertaan.


“UMK disenaraikan sebagai 10 teratas TCS Sustainathon Malaysia 2024 untuk membentangkan projek Grow Your App STEM Kit iaitu medium pembelajaran untuk pengetahuan asas kepada kanak-kanak prasekolah mengenai keperluan tumbuhan.“Keseluruhan kos membangunkan prototaip aplikasi dan kit ini berjumlah RM500 dan dapat menarik minat kanak-kanak mendalami sains,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Ahad.
Menurut beliau, kit ini dilengkapi dengan penjejak nutrisi tanah, pasu bunga, bikar dan benih tumbuhan misalnya tomato dan sawi.
“Saya berharap hasil kemenangan pertandingan ini akan digunakan untuk mengkomersialkan produk kit yang akan dipasarkan pada hujung tahun ini,” katanya.
UMK cipta aplikasi kit asas tanaman pokok - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: UMK cipta aplikasi kit asas tanaman pokok


ADVERTISEMENT