EJALTI Publish time 7-4-2024 06:02 PM

Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, Jakim panggil pihak berkaitan esok. #3, Isu logo kasut menyerupai kalimah Allah, berikut penjelasan Vern's

Edited by EJALTI at 7-4-2024 02:33 PM

Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, Jakim panggil pihak berkaitan esok

https://www.malaysiakini.com/news/701980

Bernama
Diterbitkan:Apr 7, 2024 5:34 PM
Dikemaskini: 5:34 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/8642ae34658dc534ffa3bab91dbddedd.jpg=s800

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

"Semua pihak dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na'im berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, tular foto yang memaparkan logo kasut keluaran syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah dan ia mengundang pelbagai reaksi warga maya.

- Bernama

EJALTI Publish time 7-4-2024 06:07 PM

Logo kasut mirip kalimah Allah: Bertenang, ‘pihak berkaitan’ akan dipanggil esok

https://www.freemalaysiatoday.co ... kan-dipanggil-esok/

FMT Reporters
07 Apr 2024, 04:10 PM

https://media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2024/04/fc546486-kasut-kalimah-allah-02-xpic-070424.webp
Logo kasut mirip kalimah Allah didakwa keluaran syarikat tempatan mengundang kontroversi. (Gambar X)

Menteri agama, Mohd Na’im Mokhtar berkata semua diminta bertenang dan beri ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa siasat.

PETALING JAYA: Semua pihak diminta bertenang dan beri ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat perkongsian tular memaparkan logo kasut didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan tiada kompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan menghina Islam.

Katanya, Jakim sudah diarahkan memanggil pihak berkaitan pada esok bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk polis.

“Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan.

Tular hari ini, apabila seorang lelaki mendakwa sepasang kasut dibeli buat isteri memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.

Sebelum ini, KK Super Mart dikecam susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah di sebuah cawangannya di Bandar Sunway.

EJALTI Publish time 7-4-2024 06:29 PM

Isu logo kasut menyerupai kalimah Allah, berikut penjelasan Vern's

https://www.bharian.com.my/berit ... ut-penjelasan-verns

April 7, 2024 @ 6:10pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/kasut_1712484643.jpg
Logo kasut jenama Vern’s yang disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam. Foto ihsan Vern’s Holding.

Kuala Lumpur: Pengurusan Vern's Holding Sdn Bhd semalam, memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan syarikat itu kepada BH petang ini.

Kami pihak pengurusan Vern's telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam.

Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.

Pihak kami telah mengambil langkah segera menghentikan penjualan kasut dan logo serta bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.

Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Samerosie Publish time 7-4-2024 06:31 PM

Edited by Samerosie at 7-4-2024 06:34 PM

Entah la org melayu ni segala2 nya lah. Dulu segala jenis t depa claim lambang salib. Sekarang x de rupa pun asal ada lengkok2 semuanya kalimah.Semua on a quest of fault finding.Witch hunting omputih kata.Hidup x tenteram lah koram ni.

ulamalu Publish time 7-4-2024 06:35 PM

Siapa yg trigger ni.Biasalah kalau kasut yg tali2 mcm tu lah designnya.Nothing new.

dua_chzy Publish time 7-4-2024 06:36 PM

Yang ni nampak la terkeliru dengan design logo kan.

snowflakes Publish time 7-4-2024 06:38 PM

Tak nampak kalimah alif lam lam ha pun... macam ada extra huruf je...

Thunderclouds Publish time 7-4-2024 07:01 PM

No further komen.
U see what u choose to see.
Aku nampak rupa kasut.
Pakar khat pn dh bg pandangan.

Zezo Publish time 7-4-2024 07:07 PM

Aku igt aku sorg je yg tak nampak.

cmf_almondpecan Publish time 7-4-2024 07:44 PM

Kes ni saya rasa tak perlu kot minta maaf, tarik produk, refund bagai kalau benda tu memang logo berbentuk lukisan atau design gambar dan bukan berbentuk tulisan. Macamana kalau esok tukang masak goreng mi tetiba mi tu kebetulan membentuk kalimah2 suci di atas pinggan? Perlu ke memohon maaf dan berikrar tidak akan goreng mi lagi lepas tu?

kakikuDibibirmu Publish time 7-4-2024 07:50 PM

https://i.ibb.co/YP4pv5t/images.jpg

https://i.ibb.co/5vs9hxB/IMG-3992.jpg

kakikuDibibirmu Publish time 7-4-2024 07:50 PM

https://i.ibb.co/Ctj6vV2/coca-cola.jpg

kakikuDibibirmu Publish time 7-4-2024 07:57 PM

Sibuk pasal kalimah Allah S.W.T. padahal Nabi buta huruf!;P

Farnor Publish time 7-4-2024 08:04 PM

Knpa guwe tengok tu mcm tali kasut terputus jer..bukannya huruf.. Lain org lain mata yg melihat kot..apo lah.

chanthik Publish time 7-4-2024 08:06 PM

bangangnya lah,

Jakim pun benda macam ni pun nak layan ke? Sah sah itu designnya aja. Memang Melayu ni tengah on all-high stupidity rate ke?

cmf_jeangrey Publish time 7-4-2024 08:14 PM

Kalau stokin tu mmg terang2 lah...yg kasut ni jelas an art je pun...sejenis mata lalat ke ummah melayu zaman sekrg ni :o

antikorok Publish time 7-4-2024 08:14 PM

Edited by antikorok at 7-4-2024 08:57 PM

Elehhhhhh.
Nafi jahhh tapi niat di hati tuh sendirik tahu khennn!

Kalau takde extra tumit tu, sebijik la rupa kalimah. Kalau konon yg bahagian 1 tu design tali kasut, kenapa terputus seolah2 mcm nak nampak huruf alif tu kat atas. Kemodian, tali kat tapak huntok ikat jari kaki takde pulak khennn???!
{:1_550:}

I ain't buying that!!!! :curse:

Sendirik buat logo mengundang ala2 ambiguous tak berapa jelas namampos, sendirik nak mengundang kontolbasi dikala isu tengah hangat lagik khennn :shakehead3:

Entah2 niat dihati nak buat ala2 kalimah, tapi disamarkan jadi logo. Hehh!!!!!!!!

capwayang Publish time 7-4-2024 08:17 PM

..sebut pasal mirip ni kan, suatu ketika dahulu ada sorang user kat 4chan kata huruf alif tu = mirip alat kelamin wanita manakala lam lam ha tu pulak = mirip alat kelamin lelaki..

alieyrina Publish time 7-4-2024 08:57 PM

Nampak lebih kpd ilusi stiletos tu jah. Celah mana yg sama kalimah.
Buta seni ka cemana ?

ladybugz Publish time 7-4-2024 09:17 PM

antikorok replied at 7-4-2024 08:14 PM
Elehhhhhh.
Nafi jahhh tapi niat di hati tuh sendirik tahu khennn!



i agak stuju. the design nampak mcm silhouette of a heel but it is very suspicious. the design is too weird come to think of it. kalau buat design utk kotak pun i rasa x pelik sgt. why the heel's bottom? if nk tunjuk logo brand pun might as well buat vern's logo instead. at first, i was seeing a heel but after further inspection i feel like it is very unlikely. so i feel like u hv the heels just ask for a refund. if was2 elok la tinggalkan.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, Jakim panggil pihak berkaitan esok. #3, Isu logo kasut menyerupai kalimah Allah, berikut penjelasan Vern's


ADVERTISEMENT