mattzzx Publish time 7-4-2024 04:40 PM

Lelaki didakwa laku amang seksual terhadap anak teman wanita ditahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gari_1712478583.jpg
GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Pengawal keselamatan ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual kepada anak perempuan teman wanitanya yang berusia lima tahun di Taman Melawati, di sini, hujung Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun dimaklumkan oleh anaknya bahawa lelaki itu melakukan amang seksual terhadapnya di sebuah hotel di Taman Melawati.

Menurutnya, suspek juga didakwa ada memukul di bahagian dada mangsa.

"Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudian tampil membuat laporan polis.


"Susulan itu, pada jam 7.35 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis AMP, Methamphetamine dan THC.

"Suspek direman seminggu bermula semalam hingga 12 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078217/lelaki-didakwa-laku-amang-seksual-terhadap-anak-teman-wanita-ditahan
Pages: [1]
View full version: Lelaki didakwa laku amang seksual terhadap anak teman wanita ditahan


ADVERTISEMENT