mattzzx Publish time 7-4-2024 04:33 PM

Sri Pahang uji Albirex, Geylang FC

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fandi22_1712476229.jpg
FANDI Ahmad (tengah) ketika mengendalikan pasukannya. FOTO SRI PAHANG FC

Kuantan: Sri Pahang FC akan berkunjung ke Singapura bagi menghadapi aksi persahabatan dengan dua kelab dari negara berkenaan pada 16 dan 18 April ini.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, dua kelab itu ialah Albirex Niigata dan Geylang International FC yang diyakini membantunya dari segi menilai tahap prestasi semasa anak buahnya.

"Aksi persahabatan itu lebih kepada menilai dan menguji tahap permainan dan persefahaman di kalangan pemain Sri Pahang selepas menjalani latihan selama dua bulan.

"Saya harap dua perlawanan itu akan membantu dan pada masa sama melihat kepada gandingan pemain lama dan baharu sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) Mei depan.


"Oleh itu semua pemain diharap memberikan komitmen tinggi apabila berdepan dua kelab Singapura itu,"kata Fandi yang juga bekas pemain kebangsaan Singapura.

Ditanya cuti sempena Aidilfitri, Fandi berkata, lima hari diberikan kepada barisan kejurulatihan dan pemain sebelum kembali menjalani latihan pada 12 April ini.

"Sebelum ke Singapura, Sri pahang akan menjalani latihan selama tiga hari dan akan berada di Singapura dari 15 hingga 19 April ini," katanya.

Pada musim baharu ini, Sri Pahang dilihat begitu teruja apabila menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman serta tiga import baharu untuk memperkasakan skuad Tok Gajah.

Antara pemain berkenaan ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, T Saravanan, Hasnul Zaim dan penjaga gol, Azfar Arif.

Tiga import baharu yang dibawa masuk ialah Mykola Ahapov dari Ukraine, Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia).
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1078200/sri-pahang-uji-albirex-geylang-fc
Pages: [1]
View full version: Sri Pahang uji Albirex, Geylang FC


ADVERTISEMENT