mattzzx Publish time 7-4-2024 04:27 PM

Lewat bayar gaji ganggu persediaan Aidilfitri

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhlslogo_1712477944.jpg
KUALA LUMPUR: Biarpun saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025 belum bermula, namun sudah kedengaran cerita kurang enak mengenai isu berulang iaitu kelewatan membayar gaji pemain.

Masalah kelewatan pembayaran gaji itu dikatakan membabitkan sebuah kelab dari Pantai Timur selepas pasukan itu memulakan latihan pramusim pada Februari lalu.

Menurut sumber, pemain masih menanti bayaran gaji pertama untuk musim ini yang belum dijelaskan kelab terbabit ketika sambutan Aidilfitri akan menjelma beberapa hari sahaja lagi.

Ia pasti meletakkan pemain dalam kesukaran untuk melakukan persiapan menyambut Aidilfitri sekiranya isu pembayaran gaji itu tidak diselesaikan secepat mungkin.

"Ini baru awal musim atau pramusim, tetapi sudah jadi isu macam ini. Harap perkara ini dapat diselesaikan sebelum Hari Raya," kata sumber itu.

Isu yang membelenggu pasukan dari Pantai Timur itu juga ketika ini sedang hangat menjadi bahan bualan peminat di media sosial.

Isu tunggakan gaji dilihat sudah menjadi 'barah' dalam kancah bola sepak tempatan dengan beberapa pasukan seperti Melaka United, Sarawak United dan Kelantan sebelum ini sudah dikenakan hukuman berat disingkir dari Liga Super.

Malah, masalah itu terus parah apabila satu lagi pasukan ternama iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC ketika ini sedang menghitung nasib mereka dalam Liga Super musim ini juga kerana masalah tunggakan gaji.

Sang Kenari kini hanya memiliki tempoh sehingga 20 April ini untuk membuat pembayaran penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikan pembayaran.

Seandainya gagal berbuat demikian, maka lesen kebangsaan KDA FC boleh ditarik balik, sekali gus kelab itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024-2025.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1232662/lewat-bayar-gaji-ganggu-persediaan-aidilfitri
Pages: [1]
View full version: Lewat bayar gaji ganggu persediaan Aidilfitri


ADVERTISEMENT