mattzzx Publish time 7-4-2024 02:47 PM

Suami orang didenda RM2,000 mengaku miliki video lucah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm289simpa_1712471769.jpg
TERTUDUH (kiri) keluar dari Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki video lucah. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Pembuat barang kraftangan didenda RM2,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan video lucah dalam telefon bimbit miliknya, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Suffian Isnen, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, dia yang sudah berkahwin didakwa memiliki tiga video lucah di aras dua, Menara Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), pada jam 2 petang, 1 April lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.



Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh ditahan polis selepas didakwa mengintai dalam tandas wanita di aras dua menara MPBP pada jam 12.50 tengah hari.

Kejadian itu disedari selepas pengadu melihat kelibat tertuduh dalam keadaan mencurigakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pada jam 1 tengah hari, pengadu bergerak ke lokasi itu sebelum mendapati tertuduh berada dalam tandas wanita.

Tertuduh kemudian ditahan polis untuk membantu siasatan namun pemeriksaan menemui tiga video lucah disimpan dalam telefon bimbitnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Mohd Razak Sharif.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan serta pengajaran terhadap.

Bagaimanapun, peguam tertuduh memohon denda paling minimum dikenakan terhadap anak guamnya kerana sudah insaf dan tidak akan mengulanginya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 serta mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayarnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078158/suami-orang-didenda-rm2000-mengaku-miliki-video-lucah
Pages: [1]
View full version: Suami orang didenda RM2,000 mengaku miliki video lucah


ADVERTISEMENT