mattzzx Publish time 7-4-2024 02:45 PM

Habis petrol, tayar pancit kes dilaporkan pengguna jalan raya - APM Terengganu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm289rosman_1712470816.jpg
ROSMAN Abdullah (kanan) melncarkan Ops Prihatin sempena Adilfitri di Pejabat APM Negeri. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Nerus: Kehabisan petrol dan tayar kenderaan pancit antara kes yang kerap berlaku sepanjang Ops Prihatin yang dijalankan.

Sehubungan itu, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menyarankan pengguna jalan raya membuat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

Pengarah APM Terengganu Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, orang ramai yang pulang ke kampung perlu memastikan tayar kenderaan berada dalam keadaan baik dan minyak terisi secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

"Persediaan awal yang dijalankan boleh mengelakkan sebarang masalah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.


"Bagaimanapun, sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah, hubungi pihak APM berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera," katanya ketika majlis pelancaran Ops Prihatin APM Terengganu Sempena Aidilfitri di Pejabat APM di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 96 anggota termasuk pegawai APM akan menjalankan rondaan secara berkala di semua Jalan Persekutuan di negeri itu.

"Seramai empat anggota yang akan menjalankan rondaan dalam satu masa di lapan daerah bermula 8 pagi hingga 11.59 malam.

"Walaupun waktu operasi tamat, pengguna jalan raya atau orang awam yang menghadapi masalah tetap boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah APM untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Menurutnya, Ops Prihatin itu dijalankan sejak 5 April lalu dan berakhir pada 14 April dan sehingga kini sebanyak enam kes sudah diterima membabitkan kes tayar kenderaan pancit dan kehabisan petrol.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078148/habis-petrol-tayar-pancit-kes-dilaporkan-pengguna-jalan-raya-apm-terengganu
Pages: [1]
View full version: Habis petrol, tayar pancit kes dilaporkan pengguna jalan raya - APM Terengganu


ADVERTISEMENT