mattzzx Publish time 7-4-2024 02:35 PM

Muhammad Syakir kuasai 5 jenis taranum

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm07syakitt_1712463001.jpg
Muhammad Syakir mampu mengalunkan taranum dari lapan qari antarabangsa...FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Kemerduan suara pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah, Pasir Tumboh, Muhammad Syakir Shafie, 15, memperdengarkan bacaan al-Quran dengan taranum pasti menusuk kalbu sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Malah dia berjaya menguasai lima jenis taranum seperti Taranum Husani, Taranum Jiharkah, dan Taranum Soba

Muhammad Syakir juga mampu mengikut lenggok taranum dari lapan qari antarabangsa antaranya Sheikh Maher al-Muaiqly, Syeikh Abdurrahman as-Sudais, dan Sheikh Bandar Baleelah.

Suka mendengar taranum sejak sekolah rendah lagi, Muhammad Syakir meneruskan ia sehingga kini.


"Sejak dari kecil saya sudah bercita-cita untuk belajar di sekolah tahfiz dan ibu bapa menyokong hasrat murni ini dan pada masa sama dapat belajar taranum dengan guru yang lebih mahir.

"Sebelum ini saya hanya belajar taranum dengan ahli keluarga termasuk bapa saudara yang juga seorang imam di sebuah masjid di bandar Kota Bharu.

"Saya suka bertaranum disebabkan mahu mempelbagaikan 'lagu' ketika membaca ayat suci al-Quran selain sedap di dengar," katanya ketika ditemui di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah, Pasir Tumboh.

Anak kelapan daripada sembilan adik beradik ini berkata, dia mengambil peluang belajar mendalami al-Quran di pusat tahfiz berkenaan disebabkan tidak dikenakan bayaran.

"Sepanjang tiga tahun berada di pusat tahfiz ini, saya sentiasa konsisten dalam pengajian agama serta al-Quran dan memperuntukkan sekurang-kurangnya tujuh jam sehari untuk menghafal al-Quran.

"Alhamdulillah saya kini sudah dapat menghafaz 10 juzuk al-Quran dan menyasarkan untuk menghabiskan 30 juzuk al-Quran selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

"Saya melakukan hafalan sambilan bertaranum pada setiap hari bergantung kepada masa yang ada bagi menajamkan ingatan untuk membolehkan saya membaca al-Quran dengan sempurna selain meningkatkan kualiti bacaan," katanya.

Muhammad Syakir berkata dia pernah menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kebangsaan (MTHQK) 2020 dan memenangi tempat kedua.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078097/muhammad-syakir-kuasai-5-jenis-taranum
Pages: [1]
View full version: Muhammad Syakir kuasai 5 jenis taranum


ADVERTISEMENT