mattzzx Publish time 7-4-2024 02:31 PM

Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm289pulang_1712458030.jpg
GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Kerajaan Johor menyediakan 23 bas bagi membawa pulang 1,000 mahasiswa dari negeri itu yang menuntut di 11 institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara secara percuma sempena perayaan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2024 yang bermula 29 Mac lalu hingga semalam.

"Inisiatif ini bagi memastikan mahasiswa Johor yang merantau jauh di IPT seluruh Malaysia pulang ke selatan tanah air dengan selesa dan selamat serta dapat mengurangkan bebanan kos pengangkutan untuk beraya bersama keluarga tercinta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aznan berkata, antara IPT terbabit ialah Universiti Malaysia Perlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.

Beliau berkata, inisiatif itu turut mendapat kerjasama Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Gabungan Anak Johor dan Persatuan-Persatuan Mahasiswa Anak Johor.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1078074/johor-sedia-23-bas-bawa-pulang-mahasiswa-dari-11-ipt
Pages: [1]
View full version: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT


ADVERTISEMENT