mattzzx Publish time 7-4-2024 02:27 PM

Tiga motosikal guna ekzos ‘perang’ disita

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-07-at-1.16.39-PM.jpeg
Antara motosikal dikesan melakukan pengubahsuaian berlebihan pada operasi di kawasan Bukit Ampang Saujana, Ampang Jaya, malam tadi.

AMPANG – Sebanyak tiga buah motosikal disita selepas dikesan melakukan pengubahsuaian melampau dengan menggunakan ekzos bising dalam operasi di kawasan Bukit Ampang Saujana, di sini semalam.

Operasi bermula pukul 11 malam sehingga pukul 3 pagi itu dianggotai seramai seorang pegawai kanan dan 14 anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi itu memfokuskan kepada motosikal yang diubahsuai terutama pada struktur ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam.

“Hasil operasi tersebut, seramai enam individu diperiksa bersama enam buah motosikal membawa kepada 20 keping saman dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan lain-lain kesalahan.

“Selain itu, sebanyak tiga buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama kerana melakukan pengubahsuaian ekzos yang melampau dan juga brek tidak berfungsi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kenderaan yang disita akan dibawa balik ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi, oleh yang demikian adalah diingatkan kepada waris mahupun penjaga untuk memantau aktiviti anak-anak dengan lebih ketat.

“Sayangi diri dan keluarga, ingatlah perayaan perlulah disambut dengan kegembiraan bukan kedukaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/07/tiga-motosikal-guna-ekzos-perang-disita/
Pages: [1]
View full version: Tiga motosikal guna ekzos ‘perang’ disita


ADVERTISEMENT