mattzzx Publish time 7-4-2024 02:25 PM

Polis kesan individu lawan arus, sudah kenal pasti nombor pendaftaran kenderaan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-07-at-12.54.52-PM.jpeg
TANGKAP layar kenderaan yang melakukan pusingan U susulan kesesakan lalu lintas di jalan LTU Raub Bypass di Raub.

RAUB – Polis sedang giat mengesan individu yang bertindak memandu melawan arus untuk keluar ke susur tepi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub susulan kesesakan lalulintas di jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub Bypass.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata, pada masa ini pihak polis telah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

“Kita berjaya mengesan nombor pendaftaran kenderaan terbabit daripada rakaman video dan siasatan masih giat dilakukan.

“Kita akan panggil mereka sebab memandu secara berbahaya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,”katanya di sini hari ini.

Semalam tular rakaman video memaparkan segelintir pengguna kenderaan yang selamba membuat pusingan U di LTU Raub Bypass.

Menurut Mohd Shahril, tindakan pemandu-pemandu yang membuat pusingan U berkenaan adalah tidak mematuhi peraturan jalan raya kerana menyebabkan kegusaran dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.- KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/07/polis-kesan-individu-lawan-arus-sudah-kenal-pasti-nombor-pendaftaran-kenderaan/
Pages: [1]
View full version: Polis kesan individu lawan arus, sudah kenal pasti nombor pendaftaran kenderaan


ADVERTISEMENT