mattzzx Publish time 7-4-2024 02:16 PM

Ramai terpegun dengan laungan azan seperti takbir raya

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-07-at-11.00.36-AM-2048x1536.jpeg
Tangkap layar video yang berkongsikan laungan azan subuh seperti takbir raya di surau berhampiran Hospital Kulim

PETALING JAYA – Berbaki dua hari saja lagi untuk menyambut hari raya Aidilfitri, ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar takbir raya sebagai menandakan umat Islam akan meraikan kedatangan 1 Syawal.

Bagaimanapun, berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh seorang pemuda apabila dia terkejut dan sempat merakam azan subuh yang mana alunannya seperti takbir raya.

Menerusi perkongsian video oleh Arash Haiqal di laman Facebook, peristiwa unik itu berlaku di sebuah surau berhampiran Hospital Kulim Kedah.

Menurut tinjauan kosmo! di media sosial, laungan merdu yang kadang-kadang dinyanyikan oleh sesetengah bilal ini adalah dipanggil azan sikah.

Menurut akaun Ustaz Fahmi Legacy di laman Facebook, taranum ini perlu dipelajari bersungguh-sungguh kerana risau iramanya akan terbabas terus ke takbir raya.

Terdahulu, keindahan azan ini pernah tular didengarkan oleh pelajar-pelajar di UiTM Raub Pahang lima bulan lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/07/video-ramai-terpegun-dengan-laungan-azan-seperti-takbir-raya/
Pages: [1]
View full version: Ramai terpegun dengan laungan azan seperti takbir raya


ADVERTISEMENT