mattzzx Publish time 7-4-2024 02:15 PM

Masuk 7 April, keluar 8 April tetap dapat tol percuma

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-07-at-10.56.28-AM-1.jpeg
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) menjelaskan sekiranya pengguna lebuh raya memasuki laluan bertol bermula hari ini dan kemudian susur keluar dari laluan bertol yang terakhir selepas pukul 12.01 tengah malam, 8 April maka mereka masih dapat menikmati bayaran secara percuma.

KKR dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata, pemberian tol percuma ini adalah untuk kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di kesemua lebuh raya kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

“Kalau masuk tol 7 April dan keluar tol 8 April dapat tol percuma tak ? Jawapannya, ya dapat.

“Kalau masuk tol 9 April dan keluar 10 April dapat tol percuma tak? Jawapannya, tak dapat,” jelasnya.

Tambah KKR, lebuh raya sistem tol terbuka adalah yang memerlukan pengguna membayar kadar tetap.

“Contohnya, Lebuh Raya E7 Cheras – Kajang, Lebuh Raya E35 Koridor Guthrie dan lain-lain.

“Kedua, lebuh raya sistem til bertutup adalah yang memerlukan pengguna bayar semasa keluar (berdasarkan masa dan/atau jarak) contohnya seperti Lebuh Raya Utara – Selatan, Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari bermula pukul 12.01 tengah malam pada 8 April dan akan berakhir pukul 11.59 malam keesokan harinya.

Menurut KKR, kerajaan perlu memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta bagi pelaksanaan inisiatif tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/07/masuk-7-april-keluar-8-april-tetap-dapat-tol-percuma/
Pages: [1]
View full version: Masuk 7 April, keluar 8 April tetap dapat tol percuma


ADVERTISEMENT