mattzzx Publish time 7-4-2024 01:55 PM

Emery pelik Villa boleh seri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-ASTON_VILLA-BRENTFORD_1712447463.jpg
OLLIE Watkins (kanan) menanduk bola untuk gol ketiganya musim ini bersama Villa. -FOTO AFP

London: Bos Aston Villa, Unai Emery berkata dia buntu untuk menjelaskan bagaimana pasukannya mensia-siakan kelebihan 2-0 ketika mereka mencatatkan keputusan seri 3-3 di tempat sendiri menentang Brentford sekali gus menjejaskan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Villa mendahului 2-0 sebelum Brentford menjaringkan tiga gol dalam tempoh sembilan minit dengan Ollie Watkins menjaringkan gol penyamaan untuk menyelamatkan satu mata.

Keputusan itu meletakkan Villa di tangga keempat dengan 60 mata daripada 32 perlawanan, tiga mata di depan Tottenham Hotspur yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

"Pada minit ke-50 kami kehilangan semua yang kami lakukan. Tetapi dalam 20 minit terakhir kami pulih. Saya sedikit kecewa tetapi pada masa yang sama saya cuba memahami dan menganalisis pada minit ke-50 mengapa kami melepaskan tiga gol," kata Emery.


"Ia benar-benar pelik, kami perlu menganalisis. Secara taktikal ia adalah bagaimana kita boleh menguruskan detik itu dengan lebih baik, kerana ia bukan hanya satu kesilapan. Kami tidak boleh kehilangan kawalan seperti yang kami lakukan pada masa itu.

"Sudah tentu ini adalah Liga Perdana, jika anda hilang kawalan atau fokus, mereka akan menjaringkan gol. Mereka menakjubkan dalam masa sembilan minit menjaringkan tiga gol. Mereka juga klinikal."

Villa mengalami satu lagi tamparan pada lewat permainan apabila pemain tengah berpengaruh Douglas Luiz menerima kad kuning ke-10 musim ini seterusnya digantung.

Luiz menjaringkan sembilan gol dan lima bantuan untuk Villa dalam liga musim ini tetapi pemain Brazil itu akan terlepas dua perlawanan seterusnya di tempat lawan menentang Arsenal dan di tempat sendiri menentang Bournemouth ketika perlumbaan empat teratas semakin panas.

"Bagi saya tiada tekanan. Kami sedang menikmati. Kami perlu ingat hari pertama (musim), kami menentang Newcastle dan tewas 5-1," tambah Emery.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1078049/emery-pelik-villa-boleh-seri
Pages: [1]
View full version: Emery pelik Villa boleh seri


ADVERTISEMENT