mattzzx Publish time 7-4-2024 01:50 PM

EPL: Amaran kemarahan Manchester United

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/MANCHESTER-UNITED-1.jpg
UNITED kehilangan lima mata gara-gara bolos pada masa tambahan dalam dua perlawanan sebelum ini menyebabkan mereka perlu bangkit menentang Liverpool. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag percaya tewas pada masa tambahan ketika menentang Chelsea kelmarin telah membangkitkan ‘kemarahan’ dan menjadikan para pemainnya ‘gila’.

United mendahului perlawanan 3-2 sehingga minit ke-99 sebelum Cole Palmer menyempurnakan sepakan penalti untuk gol penyamaan dan meledak gol kemenangan Chelsea pada aksi di Stamford Bridge itu.

Kekalahan tersebut menyaksikan United ketinggalan 11 mata di belakang pasukan tempat keempat, Aston Villa dan sembilan mata di belakang Tottenham Hotspur di kedudukan kelima menyebabkan mereka sedia bangkit bertemu Liverpool malam ini.

“Kami perlu berdepan kekecewaan ini (tewas kepada Chelsea), namun kami tidak boleh terlalu lama bersedih, kami perlu segera pulih.

“Kami perlu mengubah keadaan ini, kami perlu berada dalam ‘mood’ yang positif dan memandang ke hadapan. Pasukan perlu mengembalikan tenaga untuk kami turun dengan aksi ‘gila’ dan penuh kemarahan di Old Trafford nanti,” katanya.

Kekalahan kepada Chelsea pada lewat permainan berlaku ketika United sebelum itu terikat 1-1 menentang Brentford yang berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Kristoffer Ajer juga pada masa kecederaan.

“Masa kecederaan untuk minggu ini, kami kehilangan lima mata, ia sangat berharga. Mata-mata tersebut lebih berharga apabila kami sudah tidak banyak perlawanan untuk dilalui dan kami perlu sedar untuk kembali meraihnya.

“Namun, anda boleh melihatnya sendiri bagaimana semangat yang ditunjukkan pemain ketika kami ketinggalan dua gol. Pasukan ini memiliki karakter dan saya percaya bahawa kami mampu mempamerkannya sekali lagi bertemu Liverpool.

“Kami memiliki kualiti dan pemain yang baik, cuma kami perlu membuat keputusan lebih baik secara individu dan berpasukan. Kami mampu bermain pada standard yang tinggi dan menentang pasukan-pasukan yang terbaik di Liga Perdana Inggeris,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/07/epl-amaran-kemarahan-manchester-united/
Pages: [1]
View full version: EPL: Amaran kemarahan Manchester United


ADVERTISEMENT