EJALTI Publish time 6-4-2024 06:38 PM

Tiada R&R, punca individu buang sampah di LTU, kata MB Pahang Wan Rosdy

Tiada R&R, punca individu buang sampah di LTU – Wan Rosdy

https://www.kosmo.com.my/2024/04/06/tiada-rr-punca-individu-buang-sampah-di-ltu-wan-rosdy/

Oleh KOSMO!
6 April 2024, 2:06 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-06-at-13.38.00-1.jpeg
WAN ROSDY menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Lipis hari ini.

Oleh NORFARHIZA MOHD ATAR

LIPIS – Kerajaan negeri Pahang belum berhasrat mengenakan sebarang tindakan kepada pengguna jalan raya yang membuang sampah sewenang-wenangnya di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya berpandangan adalah tidak adil mengenakan tindakan kepada mereka kerana pihak kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya termasuk hentian rawat dan rehat (R&R).

“Kalau kita sediakan kemudahan dan mereka tidak patuh maka boleh kita kenakan tindakan.

” Tetapi ini kita tidak sediakan kemudahan, jadi kalau ada anak-anak yang hendak terkencing sebab menempuh perjalanan yang jauh macam mana hendak buat dan mereka tidak ada pilihan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, masalah sampah sarap yang sering memenuhi laluan LTU setiap kali musim perayaan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan tindakan tertentu harus diambil sementara menunggu R&R siap yang akan mengambil sedikit masa.

Menurutnya, isu terbabit juga telah dibangkitkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihaknya yakin ianya dalam proses tindakan.-KOSMO! ONLINE

kakigebang Publish time 6-4-2024 11:52 PM

Bukan sbb takde RnR, tapi sebab takde tong sampah... Majlis letak.la tong hijau setiap 100-200 meter ke ... Bagi kemudahan pada ummah pantai timur buang sampah

kakigebang Publish time 6-4-2024 11:53 PM

Sementara RnR nak siap

hokeypokey Publish time 6-4-2024 11:54 PM

dh tu tak reti nk buat r&r dan letak tong sampah byk2 ke??? tapi kalau nak boleh jer bawak balik sampah tu kan..

ninja boy Publish time 6-4-2024 11:57 PM

Kereta boleh bubuh tong sampah buang keluar juga, janji kereta bebas sampah gituh

jejaka_hensem Publish time 6-4-2024 11:57 PM

Ummah pantai timur memang tak reti ke nak simpan dulu sampah dalam kereta?sampai destinasi baru la buang kat tong sampah.
Itu pun nak kena ajar?
Jangan jadi bodoh tau.
{:1_149:}

aechae Publish time 7-4-2024 12:15 AM

Uncivilized people!
Hello, zmn LPT x wujud lg 20-30 tahun dlu balik Tganu lalu jalan lama pn xda RnR ye, xda pn org buang2 sampah campak tepi jalan ye… lalu jerangau - jabor tu ladang kelapa sawit apa sume x da ye sampah bertebaran… puak2 ni mkn apa smpai zmn maju gini pn buang smpah merata? Dr kecik mmg makayah pn ajar ke? Paham klu segelintir tp tgk rupa smpah tu mcm almost majoriti spesis xbertamadun… xbuat jgn terasa lh, tp klu uols yg spesis penyumbang smpah gini, pls stop membiak ye.

slyfynx Publish time 7-4-2024 12:22 AM

Kalau ade RnR pun, deme bukan nk buang dalam kete and tunggu smpi RnR baru buang dalam dustbin.
Deme nk ade drone yang kutip kt tingkap diorang sejurus habis makan atau minum.
Bodo la yang buang sampah camni.
Paling bodoh kalau buang diapers terpakai.

cmf_jeangrey Publish time 7-4-2024 12:34 AM

Oh begitu...kau letak signboard 'Jangan Buang Sampah D Sini, Denda RM1000'... nescaya di tepi signboard itu akan penuh dgn sampah..

Bukan sebab takde RNR atau tong sampah, memang itulah mentaliti org kita..campak je di mana2 kalau tak street cleaners makan gaji buta katanya

airfilterkotor Publish time 7-4-2024 12:34 AM

Sikap dan mentaliti bermula dari rumah.

cap_ayam Publish time 7-4-2024 12:52 AM

Mentaliti. MB pun bagi alasan pelik gitu. Kaka pantang sampah buang merata2 lebih2 lagi main campak keluar kereta.

MissVixen Publish time 7-4-2024 01:19 AM

MB ni mesti satu keturunan jenis buang sampah merata. Otak takde! Kau jalan jepun mana ada tong sampah. Bawak balik dan recycle sampah tu. Bukan buang merata rata. Kau ni mesti geng buang pampers dekat air terjun kan???!!! Cibai punya perangai!!

jas7512 Publish time 7-4-2024 01:37 AM

Masukkan jw org buang samoah ni kat prnjara dan trained kebersiihan btl2..buruk tul perangai puak2 sskjp ni..i klu jx authority sgor x hingin ambil puak2 sskjp keje kat tempat i...bawa budaya x molek

FOTHER-MUCKER Publish time 7-4-2024 04:54 AM

Bukan kerana tak ada tong sampah lah bahalol! Kerana tak ada otak!

nw111 Publish time 7-4-2024 05:03 AM

cmf_jeangrey replied at 7-4-2024 12:34 AM
Oh begitu...kau letak signboard 'Jangan Buang Sampah D Sini, Denda RM1000'... nescaya di tepi signbo ...

Dulu kan viral sign board ada tulis ya Allah kau cabut la nyawa sapa yg buang sampai kat sini....aku rasa sepanjang jln nk balik sskjp tu blh la letak sign board sebegini...ya Allah semoga sapa yg buang sampah merata ni mati eksiden... Baru ada akai kot

nikaido Publish time 7-4-2024 05:05 AM

Jadi kerja Mb pahang kena cover sikap pengotor sskjp

otai_g Publish time 7-4-2024 05:18 AM

Ni semua sbb mentaliti b40. Menteri pun sama dgn pg salahkan rnr. Blh je ko buat plastik sampah dlm kereta Dan simpan sampah tu dulu. Jumpa tong sampah ko buang la, apa masalahnya.

_kelly Publish time 7-4-2024 05:43 AM

kalau orang generalize sskjp pengotor marah tapi tu la kenyataan nya..highway lain ada ke kotor macam belah sana..walaupun jem tak bergerak, takde orang bodoh duk lempar sampah keluar kereta

ultra78 Publish time 7-4-2024 06:02 AM

https://twitter.com/pipiyapong/status/1776526568925573397

https://twitter.com/muhammadnajib79/status/1776290849493754186

fortiori13 Publish time 7-4-2024 07:05 AM

Kalau ada berderet r&r pun belum tentu perangai gini akan stop, sbb dah terbiasa main campak je lepas makan minum.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Tiada R&R, punca individu buang sampah di LTU, kata MB Pahang Wan Rosdy


ADVERTISEMENT