Perwira2022 Publish time 6-4-2024 06:19 PM

Harga bawang naik? No problem. Kurangkan guna bawang. Guna biji poppy.

Dulu, setiap kali menteri BN cakap macam ni (barang A naik harga, kurangkan makan barang A), puak2 hancing PH akan berguling2 depan Sogo.

EJALTI Publish time 6-4-2024 06:43 PM

Rakyat disaran ganti bawang dengan serbuk kaskas dalam masakan

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... skas-dalam-masakan/

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
6 April 2024, 5:35 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Mahfuz-tengah.jpeg
Mahfuz (tengah) bersama penerima geran bantuan LPP pada Jualan Agro Madani Mega Raya anjuran LPP di Dataran Jalan Istana Lama, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Rakyat disaran menggunakan serbuk kaskas atau biji popi dalam masakan terutama pada Hari Raya Aidilfitri ini bagi menggantikan bawang merah yang mengalami kenaikan harga ketika ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, pada masa ini sukar untuk mendapatkan bawang pada harga murah, justeru rakyat mempunyai pilihan untuk mengurangkan penggunaannya.

“Ia adalah keperluan asas untuk menyambut hari raya, macam saya sebut tadi kita sekarang ini tidak berupaya nak cari yang murah sebab bawang memang mahal.

“Jadi, kurangkanlah penggunaan bawang dan saya nasihatkan kepada kaum wanita yang masak supaya kurangkan penggunaan bawang dan tambah serbuk kaskas dalam makanan yang pasti akan menjadikannya lazat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir Jualan Agro Madani Mega Raya anjuran LPP di Dataran Jalan Istana Lama, di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, rakyat perlu mencari kaedah lain berikutan kenaikan harga bawang itu dengan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam melazatkan masakan.

“Kita cari kaedah mengurangkan bawang iaitu ambil sedikit serbuk kaskas tetapi tak boleh banyak kerana ada doktor nasihat (penggunaan) tak boleh banyak.

“Selain itu, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri juga tidak mengharamkan (kaskas) walaupun ia daripada pokok bunga popi. Guna pada kadar sedikit tapi cukup melazatkan, memang sedap kerana kalau pergi kedai mamak pun memang guna kaskas,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk meluaskan tanaman bawang termasuk di utara Semenanjung bagi memenuhi keperluan 30 peratus daripada permintaan tempatan apabila tanaman itu mengeluarkan hasil mulai 2026.

“Penanaman bawang ini dilakukan untuk mendapatkan benih sebelum ia akan diagihkan kepada setiap negeri untuk penanaman,” tambahnya.

Krisis bekalan bawang pada 2020 akibat bencana banjir besar di India menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran sebanyak lebih 30 peratus iaitu daripada RM6 kepada RM8 sekilogram. – KOSMO! ONLINE

kaseh80 Publish time 6-4-2024 06:49 PM

Boogeymaks {:1_509:}

kepompong Publish time 6-4-2024 06:50 PM

harga biji kaskas murah ke

Tinot7 Publish time 7-4-2024 01:44 AM

Poppy seeds ni amender? Yg buat dadah tu ka?

MissVixen Publish time 7-4-2024 01:49 AM

Kaskas tu fungsi lain. Bawang merah fungsi lain. Apa ke itu cadangan dia. Patut fikir nak majukan sektor pertanian la menteri oiii.

MissVixen Publish time 7-4-2024 01:52 AM

Tinot7 replied at 7-4-2024 01:44 AM
Poppy seeds ni amender? Yg buat dadah tu ka?

A ah. Kaskas ni putih punya poppy seeds. Rasa berlemak macam kacang. Yang biru tu lain sikit rasa dia. Sedap letak atas bagel. Kalau makan <50grams ok. Kalau lebih bahaya.

cranell Publish time 7-4-2024 02:12 AM

jadah mende la kaskas ganti bawang. orang guna kaskas ni sebagai penambah perisa je. Bukan kandungan asas macam bawang tu.

Harap lepas raya pulih balik la ingatan puak puak ni. Penat la sorang suruh ganti beras guna ubi kayu, sorang suruh ganti bawang guna kaskas. Hat kepala tak habis habis puji diri sendiri.


dani-rox Publish time 7-4-2024 02:39 AM

Makcik bawang ❌

Makcik kaskas ✅

Azharitubunga Publish time 7-4-2024 02:53 AM

Nak suruh rakyat khayal ke makan kas2 ni????

apalancut Publish time 7-4-2024 03:10 AM

tampal balik salakan mereka bila masa mereka menjadi pembangkang.. hahahah

Tinot7 Publish time 7-4-2024 06:00 AM

MissVixen replied at 7-4-2024 01:52 AM
A ah. Kaskas ni putih punya poppy seeds. Rasa berlemak macam kacang. Yang biru tu lain sikit rasa...

Mana bleh ganti bawang.. mamat ni nak munuh org sbb dia tak pernah masak ka apa?

misc Publish time 7-4-2024 06:04 AM

Mcm mana rupa kaskas ni. Yg aku tau nasi ganja ada kaskas. Nanti pakat lena acik2 lepas makan makanan yg ada kaskas. Haishhh.

felinecat Publish time 7-4-2024 12:04 PM

Tanam menteri dulu la mcm tu, xguna jd menteri

syamzana Publish time 7-4-2024 12:12 PM

hoihhhh laaa ape ke hanat sgt sekor2 ni
semlm suh ganti ubi kayu, ni suh guna kaskas plop.
ni je ke solution korang dgn dpt gaji berkepok ???
buang masa je ada asst ramai2.

B40tastePosh Publish time 7-4-2024 12:15 PM

MissVixen replied at 7-4-2024 01:49 AM
Kaskas tu fungsi lain. Bawang merah fungsi lain. Apa ke itu cadangan dia. Patut fikir nak majukan se ...

Tapi memang betul orang zaman dulu gunakan Buah Keras dan kaskas untuk gantikan bawang.

B40tastePosh Publish time 7-4-2024 12:16 PM

Tinot7 replied at 7-4-2024 06:00 AM
Mana bleh ganti bawang.. mamat ni nak munuh org sbb dia tak pernah masak ka apa?

Zaman dulu ada ke Melayu pakai bawang?

Samerosie Publish time 7-4-2024 12:27 PM

Baru balik pasar selangor sopping bahan merendang. Pergi pasar dengkil lupa ada pasar tani sampai x leh parking so terus mencirit ke pasar selangor.Busy ramai gak org, maybe usual sunday morning marketing kut.Just nak bgtau bawang merah besar rm6.50 sekilo. So iols beli 2 kilo. ;P

aisah7493 Publish time 7-4-2024 01:08 PM

Samerosie replied at 7-4-2024 12:27 PM
Baru balik pasar selangor sopping bahan merendang. Pergi pasar dengkil lupa ada pasar tani sampai x...

Tadi pergi econsave tapi bawang takde.. pergi pasar Tani pun takde, g aeon baru ada.. pelik betul mana g bawang semua

alesandra Publish time 7-4-2024 01:17 PM

Mardi dah hasilkan tanaman bawang kt sungkai.itupun ada mangkok hayun kutuk.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Harga bawang naik? No problem. Kurangkan guna bawang. Guna biji poppy.


ADVERTISEMENT