hell0jennie Publish time 6-4-2024 06:00 PM

Hantaran IG Story Rita Rudaini Dikatakan Fitnah, Zaquan Adha Buat Laporan Polis

Bekas pemain bola sepak negara Zaquan Adha telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas kakak iparnya yang juga merupakan pelakon, Rita Rudaini di laman Instagram pada Jumaat.

Menurut Zaquan, kenyataan tersebut merupakan fitnah dan boleh mencalarkan imej dirinya dan keluarga.

“Saya baru selesai buat laporan polis berkenaan hantaran Instagram Stories yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini yang berunsurkan fitnah bagi saya.

“Ia fitnah melibatkan saya dengan keluarga,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram selepas selesai membuat laporan polis.

Semalam, bekas pemain Negeri Sembilan ini ada menjawab pertanyaan daripada pihak media mengenai kemelut diantara abangnya Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.

Dalam temubual tersebut, Zaquan memaklumkan dia enggan memberikan sebarang komen tapi akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aidil dan Rita untuk menyelesaikan masalah diantara mereka.

Tidak lama selepas itu, Rita tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaquan itu.

Menurut Rita, Zaquan merupakan individu yang mengambil barangan milik abangnya di rumah mereka satu ketika dahulu.

Malah, Rita turut mendakwa Zaquan telah menghantar mesej kepada Aidil bagi memaklumkan anak yang dikandung Rita adalah bukan anak kepada abangnya.

Hantaran tersebut kemudiannya tular dan mendapat perhatian netizen.

Sehubungan itu, Zaquan menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

“Ini adalah laporannya dan saya serahkan hal ini kepada pihak polis untuk tindakkan lanjut,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon filem Mami Jarum Junior itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

MeowPARSI Publish time 6-4-2024 06:09 PM

Hahaha ngungkit lagi hal hal lepas x abis abis,, mulut mcm bontot cipan

Dzahin_poch Publish time 6-4-2024 06:10 PM

Drama baruuuu .. xsabar nak tengok sape menang saman hahahahh

hokeypokey Publish time 6-4-2024 06:16 PM

yahuuu drama baru

dua_chzy Publish time 6-4-2024 06:20 PM

Sebok ah Kuan 5 minit. Korang 1 family memang boleh tahan jahat juga dulu.

DottieDot Publish time 6-4-2024 06:20 PM

Edited by DottieDot at 6-4-2024 06:24 PM

Damn, aku x nampak yang dia ni kuat tapi lebih ke hati hitam pekat gelap..
Sayangnya habiskan hidup dengan rasa dendam, benci dan tak puas hati..
Kalau aku laa memang ku 'kamu siapa' kan je orang² yang memang aku dah cut off dari circle/life aku, xde maknanya lagi nak bercakap atau terkesan pasal dorang.. Lagi² nak ungkit pasal benda yang sama ulang²..

Sayanglah padahal Rita ni lawa, cumanya mulut & attitude tu adoihai sangat..

asfaz Publish time 6-4-2024 06:28 PM

Hahahaha dgn zaquan ,mendapat la. Dia bukan macam Aidil nak diam. Grab popcorn :lol:

rosevelvet Publish time 6-4-2024 06:30 PM

asfaz replied at 6-4-2024 06:28 PM
Hahahaha dgn zaquan ,mendapat la. Dia bukan macam Aidil nak diam. Grab popcorn

Grab balang kuih raya la kita

asfaz Publish time 6-4-2024 06:32 PM

rosevelvet replied at 6-4-2024 06:30 PM
Grab balang kuih raya la kita

Jangan sampai tinggal serdak aje sis di pagi raya:lol:

DeLuna85 Publish time 6-4-2024 06:33 PM

Rita ni kalau senyap buat hal sendiri mesti mapak classy. Syg tau muka cantik badan cantik.

DeLuna85 Publish time 6-4-2024 06:34 PM

Nampak*

jalfa Publish time 6-4-2024 06:35 PM

Org tu cakap x nak komen doa baik baik utk dia pon dia tratatatata....bengong macit ni..sama naik dgn tolower bengong dia

thelilyallen Publish time 6-4-2024 06:36 PM

dua_chzy replied at 6-4-2024 06:20 PM
Sebok ah Kuan 5 minit. Korang 1 family memang boleh tahan jahat juga dulu.

Kan. Kan banyak kisah gelap dia dulu, dengan awek wechat bagai. Si bini living in denial mcm acik porum lain kah haha

alesandra Publish time 6-4-2024 06:36 PM

Ni lagi sekor betina loser x abis2 dendam kesumat dok ratib perkara purbakala.xde masalah cari masalah

Purplehaz Publish time 6-4-2024 06:44 PM

Dah buat report polis mean proses nak Saman la tu ?? Kak Rit tgh free tu
Good luck zaquan!

DottieDot Publish time 6-4-2024 06:47 PM

DeLuna85 replied at 6-4-2024 06:33 PM
Rita ni kalau senyap buat hal sendiri mesti mapak classy. Syg tau muka cantik badan cantik.

Kann, betul sangat.. Dan pembawakan dia tu sebenarnya nampak lembut beza dengan mulut & attitude yang keras gilaa.. Senang² je dia ni nak nampak classy sebab rupa dan body tu helok sangat..

rosevelvet Publish time 6-4-2024 07:04 PM

jalfa replied at 6-4-2024 06:35 PM
Org tu cakap x nak komen doa baik baik utk dia pon dia tratatatata....bengong macit ni..sama naik dg ...

Pastu tololwers dia duk serang quan ckp mesti rud ada bukti cctv. Aku sokong quan sbb mmg alu folo citer edel ni dr memula dorang bcinta. Episod edel pujuk ayah,sampai skang. So mmg aku x sokong apa rita buat. Dia ingt family edel tu bola ikut sesuka hati dia nk sepak n meroyan

rainbowrainz Publish time 6-4-2024 07:05 PM

Hamekkk lah ubat kaka rit..asiklah memekak ajeee..ko aje yang betul kekdahnya:lol:

3chanceno Publish time 6-4-2024 07:06 PM

Drama baru tapi isu dah tahun dinasour:sweat3:siap2 sebalang dua kuih raya sementara tunggu balas dari acik rita{:1_141:}

perembes Publish time 6-4-2024 07:09 PM

aries mmg kapla batu..bila aries buat slh dia boleh buat mcm tiada apa2 yg berlaku..bila org lain buat slh.. seumur hidup beliau maki..

aries sgt emosional..emosi dlu br akal fikiran..aku jauhi aries utk berkawan..serik
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Hantaran IG Story Rita Rudaini Dikatakan Fitnah, Zaquan Adha Buat Laporan Polis


ADVERTISEMENT