mattzzx Publish time 6-4-2024 02:08 PM

Tiada polisi bunuh, 6.046 anjing liar dimandulkan di Pulau Pinang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0406rsanjg_1712383051.jpg
FOTO HIASAN

Bayan Lepas: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama pertubuhan Bantuan Antarabangsa Perlindungan dan Kebajikan Haiwan (IAPWA) memandulkan sebanyak 6,046 anjing liar bagi mengawal populasi haiwan itu yang berkeliaran di tempat awam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, usaha dilaksanakan sejak 2017 hingga sekarang itu dilihat mengurangkan jumlah anjing liar dari semasa ke semasa dan turut berpotensi diperluaskan untuk menangani isu kucing terbiar.

"Kita masih selalu menerima aduan orang ramai khususnya di pasar-pasar awam khususnya di kawasan Balik Pulau Dan Teluk Bahang dan juga yang mana lokasi ini dijadikan tempat pembuangan kucing selain anjing jadi tindakan penguatkuasaan biasanya dilakukan di premis terbabit.

"Inisiatif itu dikenali sebagai TNR iaitu 'trap' (perangkap), 'neuter' (mandulkan) dan 'release' (dilepaskan) selain diserahkan kepada komuniti setempat untuk dijadikan haiwan angkat" katanya kepada pemberita pada Fiesta Kucing Antarabangsa Penang 2024 (PICF) di sini, hari ini.


Kon Yeow berkata Pulau Pinang tidak mempunyai polisi membunuh atau melupuskan anjing atau kucing ditangkap kecuali dalam keadaan haiwan terbabit dijangkiti penyakit yang mengundang bahaya kepada orang ramai.

"Jadi kita tidak menembak haiwan itu sebaliknya operasi penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan jaring dan ia bukan satu tugas mudah," katanya.

Sebagai rekod MBPP telah menerima 1,309 permohonan memandulkan anjing pada 2021 dan jumlah itu meningkat kepada 2,309 permohonan pada 2022.

Terdahulu, PICF 2024 mempamerkan kira-kira 300 ekor kucing dari dalam dan luar negara selain menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya bengkel dandanan kucing, seminar dan kempen pemilikan kucing Pedigreed iaitu membabitkan baka atau keturunan kucing yang direkodkan dengan teliti.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077868/tiada-polisi-bunuh-6046-anjing-liar-dimandulkan-di-pulau-pinang
Pages: [1]
View full version: Tiada polisi bunuh, 6.046 anjing liar dimandulkan di Pulau Pinang


ADVERTISEMENT