sfhzuraz Publish time 6-4-2024 01:21 PM

Pulau Pinang serah laporan miskin tegar kepada PM bulan depan

Pulau Pinang serah laporan miskin tegar kepada PM bulan depan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

06 April 2024 01:00pm





https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/06/2605577.jpg
Kerajaan Pulau Pinang akan menyerahkan laporan mengenai kemiskinan tegar di negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan hadapan. Gambar hiasan



GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan menyerahkan laporan mengenai kemiskinan tegar di negeri ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan hadapan.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, beliau akan mendapatkan data daripada semua agensi-agensi terlibat untuk dikumpulkan sebelum diterjemahkan ke dalam laporan untuk diserahkan kepada Anwar.


Menurutnya, setakat ini, hanya data daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sahaja yang telah diperolehi.
"Laporan belum siap lagi, kita perlu mendapatkan data mengenai miskin tegar daripada agensi-agensi lain termasuk ZPP. Ini kerana, PM sebut seluruh Pulau Pinang, bermakna bukan hanya satu agensi sahaja.


"Ia akan meliputi seluruh negeri maka saya kena selaraskan dengan jabatan-jabatan lain.
"Insya-ALLAH selepas Syawal, laporan akan disiapkan untuk diserahkan kepada PM," katanya di sini baru-baru ini.
Menerusi rekod ZPP, jumlah fakir di Pulau Pinang ialah 5,350 manakala golongan miskin berjumlah 11,567 orang.
Februari lalu, Anwar menegaskan mahu kutipan zakat di semua negeri dimanfaatkan sepenuhnya agar miskin tegar dapat dinoktahkan.

Anwar berkata, melalui laporan yang diterimanya, empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur telah hampir 100 peratus menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di negeri masing-masing.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan laporan yang sama kepadanya.
Selain pembasmian kemiskinan, Anwar juga meminta pengurusan zakat bagi mengambil langkah-langkah memperkasakan golongan kurang berkemampuan untuk bersaing dan merebut peluang dalam sistem meritokrasi.
Pulau Pinang serah laporan miskin tegar kepada PM bulan depan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Pulau Pinang serah laporan miskin tegar kepada PM bulan depan


ADVERTISEMENT