mattzzx Publish time 6-4-2024 12:48 PM

Rekod 22 tahun milik Bolt lebur

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bolto6424_1712378562.jpg
Pelari remaja Jamaica, Nickecoy Bramwell memecahkan rekod Usain Bolt dalam acara 400m bagi B-17 pada temasya Sukan Carifta di Grenada. – Foto AGENSI

ST GEORGE'S, Grenada: Seorang pelari sensasi Jamaica berusia 16 tahun memecahkan rekod acara 400 meter Usain Bolt bagi Bawah 17 Tahun (B-17) pada temasya Sukan Carifta ke-51.

Nickecoy Bramwell mencuri tumpuan ramai apabila melakukan larian luar biasa untuk memadamkan rekod berusia 22 tahun milik juara Olimpik lapan kali Bolt.

Pemegang tiga rekod dunia itu mencatat 47.33 saat pada 2002 ketika edisi ke-31 temasya itu.

Bagaimanapun, catatan itu diatasi oleh Bramwell di Stadium Olahraga Kirani James di Grenada, ketika dia mengejutkan peminat dengan mencatat masa 47.26s.


"Satu perasaan yang menyeronokkan untuk memecah rekod itu," kata Bramwell.

"Sejak musim panas lalu, saya sudah menyasarkan rekod itu, jadi ia satu perasaan yang hebat saya boleh tampil di sini dan melakukannya.

"Saya hanya mengalihkan fikiran saya dan fokus terhadap rekod itu."

Bukan setakat Bramwell memecahkan rekod Bolt tetapi dia meninggalkan jauh pencabarnya.

Bramwell menang perlumbaan 400m itu dengan perbezaan 0.7s, manakala turut mengatasi pelari di tangga ketiga dengan 0.9s.

Pelari berusia 16 tahun itu hadir pada temasya itu dengan masalah kecergasan tetapi melupakan segala-galanya dengan persembahan bertenaga dan memukau. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2024/04/1232247/rekod-22-tahun-milik-bolt-lebur
Pages: [1]
View full version: Rekod 22 tahun milik Bolt lebur


ADVERTISEMENT