mattzzx Publish time 6-4-2024 12:36 PM

Naomi Campbell mahu fokus besarkan anak-anak

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F05%2F2630414.jpg
Naomi Campbell bersama Mohammed Al Turki ketika menghadiri karpet merah

SERING menemani produser filem bernama Mohammed Al Turki semasa acara karpet merah, model Naomi Campbell dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jutawan itu.

Perkara ini menjadi lebih hangat apabila model antarabangsa itu dilihat menyarung cincin berlian setiap kali berpimpinan tangan dengan jutawan berkenaan.

Namun Naomi menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu fokusnya kini membesarkan anak-anak.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/05/2630415.jpeg

Naomi Campbell berpegangan tangan dengan Mohammed Al Turki.

"Itu bukanlah percintaan malah Mohammed sebenarnya sedang bercinta dengan model lain dan hubungan mereka sangat serius," jelas Naomi.

Naomi dan Mohammed dikatakan berkawan sejak 2014 dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan perniagaan.


Model kelahiran London itu menegaskan bahawa dia tidak mahu mencari atau terkait dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang.

Naomi telah mengejutkan peminatnya apabila dia mengumumkan kelahiran anak perempuanya pada tahun 2021 dan seorang anak lelaki pada tahun lalu melalui ibu tumpang.

Bagi Naomi, menjadi seorang ibu adalah impian buat dirinya.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/05/gosip-cinta-jutawan-arab-naomi-campbell-mahu-fokus-besarkan-anak-anak

Yoonggi Publish time 6-4-2024 10:39 PM

oookkaayyyy

hokeypokey Publish time 6-4-2024 11:49 PM

friend with benefit jer ke??? anak2 tu benih sapa plak?? beli kt sperm bank ke???

liyamariska Publish time 9-4-2024 07:03 PM

teringat kes epstein...

borrow Publish time 12-4-2024 09:47 AM

tgk katalog pilih2 ka. Best juga kan dpt pilih benih berkualiti. Anak sulung tu putih mcm kokosen.
Pages: [1]
View full version: Naomi Campbell mahu fokus besarkan anak-anak


ADVERTISEMENT