mattzzx Publish time 6-4-2024 12:29 PM

Woods kepingin beraksi di Masters

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tiger6424_1712376957.jpg
Nama Tiger Woods kekal berada dalam senarai pemain yang menyertai Masters di Augusta National minggu depan. – Foto REUTERS

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Tiger Woods dilihat mahu beraksi buat kali ke-26 pada kejohanan Masters minggu depan namun pemenang 15 kejuaraan major itu masih dibelenggu kecederaan kaki yang serius susulan kemalangan kereta pada 2021.

Woods, pesawat dinaikinya dilihat di Augusta seminggu lalu, dijadual untuk bercakap dengan wartawan di Augusta National pagi Rabu ini dan kekal dalam senarai pemain yang beraksi dalam laman web kejohanan bukannya dalam kalangan nama bekas juara yang tidak beraksi.

Namun bintang AS berusia 48 tahun itu, yang berkongsi rekod 82 kejuaraan Jelajah PGA sepanjang zaman bersama Sam Snead, bergelut dengan kecederaan, menurut rakan lamanya Notah Begay.

"Dia cuba untuk merangka strategi dan pendekatan yang boleh digunakan memandangkan kesulitan dihadapinya dan dia mempunyai beberapa kekangan," kata Begay kepada wartawan kelmarin.

"Dia memang langsung tidak boleh bergerak di bahagian buku lali kiri dan berdepan kesakitan di bahagian belakang, sesuatu yang diketahui akan dihadapinya."

Woods menjuarai Masters 2019 bagi kejuaraan major pertamanya sejak 2018, tetapi bergelut sejak membuat kemunculan semula daripada insiden kemalangan kereta 2021 pada Masters 2022, berakhir di tangga ke-47 apabila dia sukar untuk berjalan sepanjang 72 lubang di lapangan berbukit itu.

Tahun lalu, Woods menyamai rekod Masters dengan melayakkan diri ke dua pusingan akhir bagi kali ke-23 berturut-turut, menyamai rekod Gary Player dan Fred Couples, namun kemudian menarik diri disebabkan 'plantar fasciitis' dan menjalani pembedahan buku lali April lalu.

Juara Masters lima kali itu dilaporkan bermain di Augusta National hujung minggu lalu bersama rakan Justin Thomas dan pengerusi Augusta National, Fred Ridley.

Setakat ini musim ini, satu-satunya kejohanan PGA yang disertai Woods adalah di Riviera pada Februari lalu, apabila dia menarik diri selepas satu pusingan kerana tidak sihat.

Masalah paling besar dihadapi Woods adalah berjalan kaki bagi sepanjang empat pusingan, kata Begay. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/04/1232239/woods-kepingin-beraksi-di-masters
Pages: [1]
View full version: Woods kepingin beraksi di Masters


ADVERTISEMENT