mattzzx Publish time 6-4-2024 12:23 PM

Mardi tanam bawang merah untuk benih

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0406rsshallot_1712376331.jpg
Ketua Stesen MARDI Bachok, Emy Sabrina Mohd Noor menuai hasil bawang merah yang ditanam oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Bachok bermula sejak 2021 di atas tanah seluas 1.5 hektar. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Penanaman bawang merah oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Bachok dekat sini, adalah untuk pengeluaran benih.

Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, penanaman bawang merah sejak 2021 itu adalah untuk diedarkan kepada agensi pengembangan dan usahawan benih terpilih.

Menurutnya, secara umumnya Mardi sudah menjalankan beberapa kajian berkaitan bawang merah bermula sejak 1970-an, namun terpaksa dihentikan ketika itu disebabkan kos pengeluaran dalam negara lebih tinggi berbanding kos import.

"Namun, penanaman bawang merah ini dimulakan kembali pada 2021 dalam kajian pengadaptasian varieti pengeluaran bawang merah, pengawalan perosak dan penyakit, pengurusan lepas tuai, sistem mekanisasi ladang dan kajian risikan pasaran yang dimuatkan Manual Teknologi Pengeluaran Bawang Merah Tanah Rendah.


"Mardi adalah agensi yang diberi mandat sebagai pengeluar benih bawang merah, manakala Jabatan Pertanian (DOA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah untuk pengkomersialan dalam negara," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tanah yang sesuai ditanam bawang merah adalah tanah mineral, bris, gambut dan lombong.

Katanya, tahun ini sehingga tahun hadapan, pengeluaran benih bawang merah di atas tanah seluas 1.5 hektar membabitkan Mardi Serdang, Bachok dan Cameron Highlands serta oleh beberapa usahawan benih Mardi.

Katanya, benih bawang merah diedarkan kepada agensi pengembangan seperti DOA dan LPP bagi tujuan pengkomersialan dan usahawan benih Mardi bagi tujuan pengeluaran benih.

"Bagaimanapun, pemindahan teknologi masih boleh dilakukan melalui khidmat nasihat dan juga kursus yang dianjurkan berdasarkan permintaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077811/mardi-tanam-bawang-merah-untuk-benih
Pages: [1]
View full version: Mardi tanam bawang merah untuk benih


ADVERTISEMENT