mattzzx Publish time 6-4-2024 11:26 AM

Lelaki lemas cuba selamat bapa jatuh sungai

https://assets.bharian.com.my/images/articles/434558045_7329435027169859_9175525707666637242_n_1712373817.jpg
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas selepas ditemui hasil pencarian oleh PPDA. - Foto ihsan bomba


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki lemas selepas dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan bapanya yang tergelincir ke dalam sungai di Jalan Klang Lama berhampiran kondominium Avant Court, di sini, semalam.

Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.

Komander Operasi, Mohamad Iqbal Zakaria berkata, sepasukan 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dengan bantuan Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan jam 11 pagi semalam.

"Kerja pencarian dilakukan unit PPDA dengan jarak tebing ke tengah sungai sejauh enam meter dan kedalaman sungai satu hingga tiga meter.


"Pencarian membabitkan radius 10x6 meter persegi dengan menggunakan kaedah selaman.

"Mangsa kemudian dijumpai jam 12:59 tengah hari sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1232227/lelaki-lemas-cuba-selamat-bapa-jatuh-sungai
Pages: [1]
View full version: Lelaki lemas cuba selamat bapa jatuh sungai


ADVERTISEMENT