mattzzx Publish time 6-4-2024 11:14 AM

Tilawah al-Quran: MCMC panggil empat pemilik akaun FB

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0406rsfb_1712370935.jpg
Pemilik akaun media sosial sedang dirakam percakapan berhubung kes yang disiasat. FOTO Ihsan MCMC

Putrajaya: Empat pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan rakaman percakapan, semalam.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua data yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah direkodkan sebagai bahan bukti, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut kenyataan MCMC, beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Suruhanjaya itu memaklumkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


"MCMC sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran.

"Penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun," menurut kenyataan itu.

MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian, untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah al-Quran, sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert, tular sejak beberapa hari lepas.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan pada 3 April (Rabu), yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei di Kuantan, Pahang.

Zulkifli turut dilaporkan berkata Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Oktober.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077766/tilawah-al-quran-mcmc-panggil-empat-pemilik-akaun-fb
Pages: [1]
View full version: Tilawah al-Quran: MCMC panggil empat pemilik akaun FB


ADVERTISEMENT