mattzzx Publish time 6-4-2024 10:31 AM

City wajib tewaskan Palace

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/grd_1712368321.jpg
GUARDIOLA semarak semangat pemainnya.

Manchester: Pep Guardiola memberi amaran kepada pemain Manchester City jika mereka gagal menewaskan Crystal Palace malam ini, impian untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) hampir mustahil.

City berkunjung ke Selhurst Park dengan kemenangan meletakkan mereka sama mata dengan Liverpool yang akan menentang Manchester United di Old Trafford malam esok.

Namun Guardiola berkata, dengan Arsenal turut dalam persaingan, keputusan selain kemenangan bermakna harapan menjuarai gelaran sudah berakhir.

"Kami perlu menang perlawanan malam esok," kata Guardiola ketika sidang media semalam.

"Kami ketiga, tidak terlalu jauh dari puncak EPL tetapi jika kami keciciran mata ia akan jadi misi mustahil."

Selain perebutan takhta EPL, City beraksi di suku akhir Liga Juara-Juara minggu depan dan separuh akhir Piala FA sekali gus mereka masih boleh mengulangi kejayaan bersejarah treble musim lalu.

Daripada ketiga-tiga kejohanan itu, Guardiola muncul pengurus paling berjaya di EPL apabila meraih lima gelaran daripada enam tahun terakhir dan tiga yang terakhir dimiliki berturut-turut.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077750/city-wajib-tewaskan-palace
Pages: [1]
View full version: City wajib tewaskan Palace


ADVERTISEMENT