mattzzx Publish time 6-4-2024 10:28 AM

Liverpool perlu sempurna - Klopp

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-MUN-LIV_PREVIEW_1712360488.jpg
KLOPP memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Sheffield United di Anfield.

London: Liverpool perlu mempunyai rekod sempurna pada baki saingan musim ini bermula dengan kunjungan ke Manchester United malam esok jika mahu mengatasi persaingan sengit Arsenal dan Manchester City dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut pengurus Juergen Klopp.

Liverpool berkelebihan dua mata ke atas Arsenal dan tiga mata di depan City dengan baki lapan perlawanan sekali gus peluang terbaik untuk Klopp menghadiahkan satu lagi kejuaraan selepas memenanginya pada kempen 2019-20.

Liverpool terlepas gelaran dengan perbezaan satu mata pada musim 2021-22 dan ketika ditanya sama ada mereka perlu sempurna untuk dinobatkan juara, Klopp berkata: "Sudah tentu jika melihat cabaran sekarang di EPL. Sangat sukar dan sengit. Kami berada di situ dan akan terus berjuang.

"Ada yang berkata jadual perlawanan kami yang terbaik. Saya tak tahu bagaimana mereka mendapat idea itu. Mungkin saya terlalu negatif tetapi ia tetap sukar, lawan yang hebat. Namun kami sentiasa bersedia."

Aksi menentang United di Anfield berakhir 0-0 pada Disember tetapi Liverpool tewas 3-4 di tangan skuad Erik ten Hag ketika suku akhir Piala FA bulan lalu.

Klopp berkata pasukannya menguasai perlawanan itu tetapi kehabisan tenaga menuju penamat terutama ketika masa tambahan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077723/liverpool-perlu-sempurna-klopp
Pages: [1]
View full version: Liverpool perlu sempurna - Klopp


ADVERTISEMENT