CARI-HBZ Publish time 6-4-2024 06:00 AM

Lelaki Bingung Disuruh Tutup Rambut Dalam Masjid - "Saya Bukan Perempuan"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/06/055755b55yna3a2a3duycd.png




PETALING JAYA – Seorang lelaki bingung apabila disuruh menutup rambut dan memakai jubah ketika memasuki sebuah masjid.


Melalui perkongsian video di TikTok lelaki itu, dia didatangi seorang wanita yang dipercayai pengawal keselamatan di masjid tersebut.


Wanita tersebut kemudian mengarahkan lelaki itu untuk menutup rambutnya dan mengenakan jubah.


“Awak turun bawah dan pakai jubah, tak boleh berpakaian begini,” kata wanita itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/06/060014mc3zccotzxok33r7.png



Lelaki berkenaan yang mempunyai rambut panjang paras bahu kemudian memaklumkan dia merupakan seorang lelaki dan tidak perlu menutup rambutnya.


Bagaimanapun pengawal tersebut masih bertegas menyuruh lelaki tersebut memakai topi serta jubah yang disediakan pihak masjid.


Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.


7354226894683770113


“Dengar dia sebut rambut, topi itu pun dah tahu dia tengah tahan malu. Tapi tetap tak nak kalah,” kata Sabrina.


“Apalah salahnya kalau mak cik mengaku salah dan minta maaf saja. Kan dah selesai masalah,” kata Sariyah.


“Dia dah malu, terpaksa sambung apa yang dia dah cakap dan terus berlalu pergi,” kata Vibekai.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/06/060340g4iidtccsimtzggi.png



Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

krustykrab Publish time 6-4-2024 06:04 AM

Edited by krustykrab at 6-4-2024 06:07 AM

:lol::lol:
Tp serius la muka dia ada iras pompuan sikit2.
Acik yg tegur tu mesti malu gila;P

Hidung dia mancung betoi

ninja boy Publish time 6-4-2024 06:16 AM

Pakai bibir merah ka rambut panjang menyerupai wanita

sukacactus Publish time 6-4-2024 07:01 AM

;P
Benda paling payah org nak buat, ngaku salah sdr, ego
Apa la yg susahnya to say sorry

antikorok Publish time 6-4-2024 07:19 AM

Iolsss tengok muka mcm pompuan Cina :$

Kitty_catz Publish time 6-4-2024 08:41 AM

lenkali tunjuk ja spenda kat acik tu kut udah bengap sangat dhekk ;P

kechikchomel Publish time 6-4-2024 08:57 AM

antikorok replied at 6-4-2024 07:19 AM
Iolsss tengok muka mcm pompuan Cina

iolss pun ingatkan dia amoiii
:lol:

ezacbee Publish time 6-4-2024 09:00 AM

Acik tu dah malu, ko ikut jelah cakap dia..

{:8_670:}

shernazz Publish time 6-4-2024 09:32 AM

Hahahaha
Jenuh acik nak tanggung Malu...

antikorok Publish time 6-4-2024 10:14 AM

kechikchomel replied at 6-4-2024 08:57 AM
iolss pun ingatkan dia amoiii

Mesti member2 pernah ada yg mintak beli makanan dlm plastik itam siang hari waktu bulan pose sbb muka Cina giteww :$

caprut Publish time 6-4-2024 10:23 AM

krustykrab replied at 6-4-2024 06:04 AM
Tp serius la muka dia ada iras pompuan sikit2.
Acik yg tegur tu mesti malu gila



Macik tu xmalu pon. demi konten sggup buat video mcm ni. Bukan dkt masjid je. Prgi mana2 pon org pelik dgn gender dia. Mak ayah dia pon mungkin pelik anak dia laki or perempuan

caprut Publish time 6-4-2024 10:23 AM

shernazz replied at 6-4-2024 09:32 AM
Hahahaha
Jenuh acik nak tanggung Malu...

Pondan tu boleh je ckp saya ni laki trlebih cucuk hormon dlu2 skrg dah tobat jd jantan balik. Senang ka macik tu nk paham

nikaido Publish time 6-4-2024 10:26 AM

Bila dia ckp "sy lelaki" dan makcik reply "ye tahu" dkt situ dah tau makcik jenis pompuan tanak mengaku salah.

Decaffeinated Publish time 6-4-2024 10:29 AM

Acik guard tu bukan malu mengaku silap tapi malu nak gelak jadi dia sambung ja ayat.

kakikuDibibirmu Publish time 6-4-2024 10:31 AM

Wanita berloceng?:o

kepompong Publish time 6-4-2024 10:35 AM

Decaffeinated replied at 6-4-2024 10:29 AM
Acik guard tu bukan malu mengaku silap tapi malu nak gelak jadi dia sambung ja ayat.

kalau gelak dikira menghina ke?

Samerosie Publish time 6-4-2024 10:36 AM

Dia saja ye buat mata juling sekali?

Kurex Publish time 6-4-2024 10:45 AM

kompiden letak caption lelaki lawa..

SedihPedih Publish time 6-4-2024 11:15 AM

He ols persis wanita.. akak tu maybe tersilap tp sheols xnak mengaku..haha..

shida81 Publish time 6-4-2024 11:19 AM

Ada komen kt situ.. Makcik tu meat da malu tp terpaksa trus kan jugak :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Lelaki Bingung Disuruh Tutup Rambut Dalam Masjid - "Saya Bukan Perempuan"


ADVERTISEMENT