CARI-HBZ Publish time 6-4-2024 05:51 AM

Ramai Geram Maybank Tergendala - "Buat Malu Aku Sahaja. Dah Orang Ingat Aku Tiada Duit Nak Bayar”

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/06/055024hmmc8eziz3yentjp.png





PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank, MAE dipercayai tergendala sejak awal malam tadi.


Situasi itu menyebabkan orang ramai tidak dapat mengakses aplikasi perbankan dalam talian termasuk pengeluaran melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).


Dalam hantaran di aplikasi X, Maybank memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.


“Harap maklum bahawa sistem tergendala secara tidak dijangka untuk transaksi perbankan dalam talian dan kad,” katanya sebentar tadi.


Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata pengguna kesal apabila tidak dapat membuat transaksi untuk urusan harian.


“Apahal Maybank buat hal masa orang nak bayar barang. Buat malu aku sahaja. Dah orang ingat aku tiada duit nak bayar,” kata Ahmad Sazrul


“Tak perasan pula Maybank tergendala. Nak isi minyak dia jadi pula. Nasib ada duit selit-selit sedikit. Sampai pukul berapa Maybank tergendala ini?” ujar Sholihin.


“Hura-hara Maybank tergendala waktu ini. Orang nak balik kampung isi minyak dan keluar duit semua susah,” luah Mohd. Shidin.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

ultra78 Publish time 6-4-2024 06:47 AM

Duit fizikal dalam tangan masih berkuasa. Mujur aku dah keluarkan duit awal minggu lagi dan tak tunggu last minute.

KamikuP Publish time 8-4-2024 05:06 PM

bOLE KE KITA SAMAN mAYBANK ATAS KESULITAN?

Blessed_Servant Publish time 8-4-2024 05:33 PM

Hari ni tengah2 hari cimb pulak buat hal.geram iols nak buat on9 transfer tadi tak boleh.

gekkou Publish time 8-4-2024 05:34 PM

kena sediakn cash for emergency
ewallet
settle
bigpay
wise
top up la segala mika siap2

amyza Publish time 8-4-2024 06:12 PM

Nasib baik bayar guna mae harini takde prob

miss_white Publish time 8-4-2024 06:40 PM

Edited by miss_white at 8-4-2024 11:43 AM

Cimb pun sama semua mesin atm dia xboleh guna
Ada setengahcashier   suka2 ckp kad bank xde duit
Menyirapbtol jenis cashier bingai mcm ni

Rynaf Publish time 8-4-2024 06:47 PM

Salah satu sebab kenapa iolss simpan juga duit cash dalam purse. Kalau ada internet problem ke, system problem ke, sekurang-kurangnya ada backup cash di tangan.

pengecatbintang Publish time 8-4-2024 06:58 PM

jika satu hari nnt semua wang adalah digital

tiada lagi fizikal cash

apa akan jadi jika blackout

LoveSungmin Publish time 8-4-2024 08:24 PM

Blessed_Servant replied at 8-4-2024 05:33 PM
Hari ni tengah2 hari cimb pulak buat hal.geram iols nak buat on9 transfer tadi tak boleh.

i nak bayar kat sogo tadi, cashier tu yang bagitau cimb problem.. nasib ada kad maybank.. tapi dedua ni kerap buat hal :curse:

hari tu nak buka akaun affin tapi dia minta surat company pula.. payah nak buka akaun personal sekarang ni..

Blessed_Servant Publish time 8-4-2024 08:39 PM

LoveSungmin replied at 8-4-2024 08:24 PM
i nak bayar kat sogo tadi, cashier tu yang bagitau cimb problem.. nasib ada kad maybank.. tapi ded ...

Itu lah i pun tadi nasib ada backup B.Islam..Series la nak buat personal acc pun mntak surat company?kes keldai acc banyak sangat kot sekarang.

potpetpotpet Publish time 8-4-2024 09:29 PM

I pon kena masa ni
Masa beratur nak bayar llaollao anak i, orang depan card decline.
Meraban akak tu cari card lain nak bayar
I kat belakang dah merungut dalam hati sebab i nak cepat..
Bila tiba turn i, card i pulak cashier kata decline.
I siap tanya, eh kenapa decline dik?
Card debit kot, macam mana ko berani decline card aku??
Nasib baik balance tng ewallet ada lagi. Cisss

kasibiman Publish time 8-4-2024 09:47 PM

Tunai mudah. Buat transaksi, setel.

Modern payment?
1. Kene pastikan internet kita ada (e-wallet).
2. Kene pastikan internet kedai ada (card, e-wallet).

3. Kene pastikan limit harian kita ada (card, e-wallet.

4. Kene pastikan kita dalam linkungan overall combined limit utk card.

kasibiman Publish time 8-4-2024 09:47 PM

Dengan semua ni yet people say it's more convenient than cash.


Kenot brain this stupidity

kasibiman Publish time 8-4-2024 09:49 PM

Lupa: bank card may also be unusable masa daily processing 12 tghmlm Malaysia.

Which is a problem at 5pm in London or 12 noon in Brazil.

hokeypokey Publish time 9-4-2024 02:18 AM

haah semalam aku nk bayar rumah pun tak boleh

kepompong Publish time 9-4-2024 04:47 AM

Edited by kepompong at 9-4-2024 04:51 AM

Blessed_Servant replied at 8-4-2024 08:39 PM
Itu lah i pun tadi nasib ada backup B.Islam..Series la nak buat personal acc pun mntak surat compa ...

dah lama sgt implement regulation camgini.... dah 10 tahun lepas , atau lebih? i pun lupa... Ada acc yg byk pun rimas juga.. tahun lepas i & hb pegi dari bank ke bank check ada tak acc , kalau ada nak tutup.. masa nak tutup acc tu beria org bank ckp takyah la tutup, sbb nak buka acc susah nanti... tapi kalau acc acc tu ada org guna tanpa pengetahuan kita camne. & setiap acc tu mesti ada personal details kita. kan. tutup jela... kalau dah byk2 acc nak keep track setiap 1 requires time/energy.. & of course $$$$ , annual fee je dah brp.

zaman skrg dah ada e-wallet. tkde acc bank pun kita masih boleh survive... i oldskool, sentiasa ada cash utk pakai2 .... in fact sbnrnya mmg tak guna sgt acc bank, kecuali pakai bank yg link ngan apple pay (niat asal dulu buat sbb nak eksyen ngan anak2 i je :lol: , dulu anak2 i kecik lagi hehee)i lagi byk guna visa dari kad jusco & tng fizikal kat ic berbanding yg lainnya :lol:

kakikuDibibirmu Publish time 9-4-2024 05:37 AM

Tergendala tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa:$:rf:{:mlshy:}{:shyo

wirazam Publish time 9-4-2024 06:53 AM

Meibeng nak kena bg bonus kat semua penggunanya..min rm100...baru penguna meibeng tak kecam...
Jgn ada beng lain menangguk kat Ayer keroh dah...soap menganjing kat sos med..dulu dulu meiding yg suka...dbp pun sama:lol:

Tinot7 Publish time 9-4-2024 06:58 AM

Bank mana yg ok kalau cimb dan mebeng slalu wat hal?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Ramai Geram Maybank Tergendala - "Buat Malu Aku Sahaja. Dah Orang Ingat Aku Tiada Duit Nak Bayar”


ADVERTISEMENT