CARI-Author Publish time 6-4-2024 05:40 AM

Sales Mencecah RM100 Ribu Lebih, Mama Kentut Buat Live Berganding Dengan Bured!

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/kartini.jpg

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini nama Datuk Red menjadi bualan warganet susulan keretakan rumah tangga beliau, serta pendedahan status muflis yang ditanggung sejak lima tahun lalu.

Namun ramai memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau untuk terus bangkit semula.

Baru-baru ini ibu Neelofa, Datin Noor Kartini telah menjemput Datuk Red untuk membuat sesi live TikTok bersama-sama.

Menurut usahawan itu, beliau berjaya mendapat lebih RM100,000 sepanjang mereka berdua menjual beberapa jenis produk seperti Daging Harimau Menangis, serunding dan minuman teh kesihatan.

“Alhamdulillah berkesempatan live dengan Dato’ Red semalam. Alhamdulillah sales semalam live dengan Dato’ Red mencecah RM100 ribu lebih. Terima kasih Dato Red sudi live dengan mama, mama doakan yang baik-baik untuk Dato,” petik hantaran Instagram Datin Noor Kartini.

Sementara itu, Datuk Red mengucapkan terima kasih kepada Datin Noor Kartini kerana sudi menampilnya dalam sesi live tersebut. Pada masa sama beliau turut meminta maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang live berlangsung.

“Teriam kasih mama. Maaf semalam saya kena gerak cepat. Semoga mama dimurahkan rezeki dan saya minta maaf jika semalam saya ada terkasar bahasa, InshaAllah,” komen Datuk Red.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, ramai memuji ibu Neelofa kerana sudi membantu dan memberi peluang kepada Datuk Red yang ditimpa kesusahan.

Netizen turut berharap Datuk Red dapat tampil sekali lagi dalam sesi live kerana nampak keserasian dan kegembiraan yang terserlah sepanjang beliau memasak.

Sementara itu, beliau dilaporkan berjaya mendapat RM78,000 hasil jualan biskut Red Velvet baru-baru ini.

Berdasarkan TikTok Shop, biskut itu yang dijual pada harga RM35 sebalang telah terjual melebihi 2,000 balang.

Menurutnya, beliau semakin aktif di platform TikTok kerana itu salah satu usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang yang ditanggungnya.

CARI-Author Publish time 6-4-2024 05:40 AM

https://thevocket.com/app/uploads/2024/04/vocket-datuk-red-datin-noor-kartini-header.jpg

CARI-Author Publish time 6-4-2024 05:40 AM

7353222408611925256

CARI-Author Publish time 6-4-2024 05:41 AM

7353848063137484039

CARI-Author Publish time 6-4-2024 05:41 AM

https://thevocket.com/app/uploads/2024/04/vocket-datuk-red-datin-noor-kartini-1.jpg
https://thevocket.com/app/uploads/2024/04/vocket-datuk-red-datin-noor-kartini-2.jpg

Perawankota Publish time 6-4-2024 05:43 AM

Mmg ada terpampang ke hasil jualan kt live tu?

CARI-Author Publish time 6-4-2024 05:49 AM

Perawankota replied at 6-4-2024 05:43 AM
Mmg ada terpampang ke hasil jualan kt live tu?

https://i.ibb.co/XjYxS69/snapshot.jpg

Perawankota Publish time 6-4-2024 05:53 AM

CARI-Author replied at 6-4-2024 05:49 AM


Oooo…   

Manusiabesa Publish time 6-4-2024 05:56 AM

Bukti rkyt mlysia nie bkn mskin pon. Ada je duit. Sbb sampah pun pakat2 beli.

noor2 Publish time 6-4-2024 06:01 AM

Bodohnya la sapa yg support...

irvene Publish time 6-4-2024 06:06 AM

semoga menjadi kenyataan. anak mama nanti boleh jadi datin

Fly_over Publish time 6-4-2024 06:24 AM

Edited by Fly_over at 6-4-2024 06:26 AM

collab dgn anak2 sendiri pn xdpt ke sales mcm ni? boleh la dijadikan anak menantu cmni.. dua2 pn dah duk bermama2 tu dah sherasi la tu jd anak mentua :lol:

imanda Publish time 6-4-2024 06:27 AM

CARI-Author replied at 6-4-2024 05:49 AM


jualan 100k tapi belum tolak kos, tolak mcm2 lagi

Pak.dolla Publish time 6-4-2024 06:50 AM

.
.
.
gambar depan tu nilofa ker?

mmmm umpama mencurah air ke daun keladi hahahaha....yg tukang beli pun ada miskin sengkek tp sanggup tolong beli barangan org kaya...

kalu aku.....aku beli kat acik² tua yg jual² kat depan² bank yg duduk tgh² panas tu....itu dah sah² miskin....kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg...acik² tu berniaga bukan untuk kaya tp untuk alas perut...

Cleocatra Publish time 6-4-2024 07:35 AM

Berhari2 oii set ni dok post, repost pasal buat derma kat mekoh. Nak orang tahu, dia terpaling derma.

Pak.dolla Publish time 6-4-2024 07:40 AM

Cleocatra replied at 5-4-2024 11:35 PM
Berhari2 oii set ni dok post, repost pasal buat derma kat mekoh. Nak orang tahu, dia terpaling derma ...

.
.
.
aku pun buat jg la tp tak update status pun hahaaha....
kan aku dah riak...

Cleocatra Publish time 6-4-2024 07:42 AM

Tak de arah la orang tua ni. Perasan lawa sungguh. Dia ni target bapak anak raja mana pulak..;P

ezacbee Publish time 6-4-2024 08:55 AM

Sapalah hadap dorang ni..

{:gif_deepika:}

codenamedream Publish time 6-4-2024 09:12 AM

"look at my family, look at your family"

ini jer level family dorang ;P
{:8_651:}

Addrianna Publish time 6-4-2024 09:16 AM

memang x sangka netizen bnyak yang bangang.scammer ni lah tetap korang support dengan alasan simpati padahal masing2 opportunities.asal mana2 buat perangai hanat dan viral dikecam macamana pun ada je yang support .senang nya buat bisnes skrg buat perangai viral jual barang terus naik sale.:sleepy:
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Sales Mencecah RM100 Ribu Lebih, Mama Kentut Buat Live Berganding Dengan Bured!


ADVERTISEMENT