sfhzuraz Publish time 5-4-2024 06:23 PM

Harga mangga harum manis RM40 sekilogram munasabah

Harga mangga harum manis RM40 sekilogram munasabah


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rajamudaperlis23_1712311256.jpg
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sedang bertanyakan sesuatu mengenai Mangga Harum Manis pada Pengarah Pertanian Perlis, Hafizuddin Othman (dua dari kiri) dan timbalannya, Mohd Nizam Abdul Aziz (kiri sekali) sambil diperhatikan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua dari kanan) dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail (kanan sekali) semasa Majlis Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2024 di Kangar. FOTO AIZAT SHARIF



Kangar: Harga jualan Mangga Harum Manis Perlis yang boleh mencecah RM40 sekilogram atau lebih terutama di pasaran luar negeri itu dilihat sebagai suatu yang munasabah disebabkan proses penjagaannya yang rumit dan sukar.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Mangga Harum Manis Perlis sering mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.
"Malah, bersempena dengan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 Mangga Harum Manis Perlis adalah salah satu tarikan utama yang dapat menarik pengunjung dalam atau luar negara datang ke Perlis.
"Jadi, jualan buah itu dilihat munasabah kerana penjagaan pokok Mangga Harum Manis ini amat rumit dan sukar.
"Disebabkan itu juga, beta melihat Amalan Pertanian Baik perlu diamalkan oleh setiap pengusaha Mangga Harum Manis di negeri ini untuk dapatkan pensijilan myGAP untuk menghasilkan buah Mangga Harum Manis Perlis bergred premium, berkualiti dan selamat untuk dimakan," titah baginda ketika merasmikan Majlis Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2024, semalam.
Baginda bertitah, pengeluaran buah Ikonik Perlis ini sememangnya amat dinanti-nantikan kerana musim Mangga Harum Manis hanya berbuah sekali sahaja setahun.
"Dalam usaha bagi memastikan penghasilan mangga berkualiti premium ini berada pada tahap terbaik, pengusaha haruslah mengikut saranan, khidmat nasihat dan sentiasa mengikuti kursus dianjurkan oleh Jabatan Pertanian.
"Beta maklum setiap pengusaha perlu menguruskan tanaman buah ini setiap hari, malah terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan serangan perosak, serta penyakit yang boleh menyebabkan pengeluaran buah ini terjejas.
"Beta menyeru semua pihak supaya memainkan peranan penting dan berganding bahu dalam memastikan setiap isu yang dihadapi di setiap rantaian dapat ditangani dengan berkesan bagi meningkatkan pengeluaran dan memelihara kualiti buah mangga Harum Manis Perlis," titah baginda.


Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 6:01pm
Harga mangga harum manis RM40 sekilogram munasabah (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Harga mangga harum manis RM40 sekilogram munasabah


ADVERTISEMENT