sfhzuraz Publish time 5-4-2024 05:22 PM

Malaysia sedia segerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza - PM

Malaysia sedia segerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza - PM


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 5, 2024 @ 5:16pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/050424gar_1712308516.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan jemaah di Masjid Al Huda, Sungai Ara, Bayan Lepas bagi menunaikan solat Jumaat hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong



BAYAN LEPAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Israel membenarkan penghantaran 'bantuan sementara' melalui sempadannya di utara Semenanjung Gaza sebagai tanggungjawab rejim itu selepas sekian lama mengkhianati rakyat Palestin.
Perdana Menteri berkata susulan perkembangan terbaharu itu, kerajaan Malaysia sedia menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui sempadan Rafah.
"Itu memang tanggungjawab dia (Israel). Dia dah khianat sekian lama. Orang dah hampir kebuluran baru nak cakap. Kita akan terus bagi tekanan.
"Kita 'standby' (bersedia) di sempadan Rafah. Memang ada, sudah tiga empat kali bantuan disalurkan," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Huda Sungai Ara di sini, hari ini.
Kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat berkenaan bersama Perdana Menteri yang dimamkan Ustaz Syarafaat Yaacob dan mendengar khutbah bertajuk 'Kunci menemukan Lailatul Qadar' yang disampaikan khatib, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman.
Media hari ini melaporkan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan akan membuka semula laluan Erez ke wilayah yang diancam kebuluran itu buat kali pertama sejak serangan 7 Oktober dan membenarkan penghantaran sementara bantuan kemanusiaan melalui Ashdod dan pusat pemeriksaan Erez.
Pengumuman itu dibuat ketika tekanan antarabangsa memuncak ke atas Israel selepas ia bertanggungjawab ke atas serangan yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Anwar berkata misi mengedarkan bantuan itu turut dibantu Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dalam usaha mempercepatkan penghantarannya kepada penduduk terjejas.
Perdana Menteri turut memberi jaminan akan ada bantuan tambahan dihantar selepas beberapa siri penghantaran berjaya dilaksanakan sebelum ini.
"Dua kali saya minta Presiden Abdel Fattah El-Sisi, (terakhir) dua minggu lalu bantu dipercepatkan dan akhirnya sampai.
"Insya-Allah kita akan bantu sebab masih ada petugas di sana dan ada ratusan lori menunggu giliran yang panjang. Jadi biar 'clear' dahulu," katanya.
Malaysia sedia segerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza - PM (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Malaysia sedia segerakan bantuan kemanusiaan ke Gaza - PM


ADVERTISEMENT