sfhzuraz Publish time 5-4-2024 03:55 PM

Pemandu e-hailing cedera dipukul penumpang

Pemandu e-hailing cedera dipukul penumpang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 5, 2024 @ 3:30pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/hailing_1712302192.jpg
Pemandu e-hailing berusia 30-an cedera dipukul seorang lelaki di hadapan sebuah pusat beli-belah, di Jalan Datuk Keramat, Georgetown, kelmarin. NSTP/Foto Tular



GEORGETOWN: Pemandu e-hailing cedera dipukul seorang lelaki di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata terdahulu, mangsa berusia 30-an tiba di pusat beli-belah berkenaan bagi mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing, pada jam 6.20 pagi.
Katanya, berdasarkan laporan dibuat mangsa, lelaki berkenaan mendakwa menerima tempahan bagi mengambil suspek bersama dua lagi wanita di hadapan kompleks berkenaan.
"Bagaimanapun, ketika suspek membuka pintu belakang kereta Perodua Ativa yang dipandu mangsa, dia (mangsa) mengesyaki suspek minum minuman keras berikutan bau alkohol sangat kuat dari arahnya.
"Susulan itu, mangsa memberitahu bahawa dia akan membatalkan pesanan sekiranya lelaki berkenaan masih enggan menaiki kenderaan sebelum tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali," katanya di sini, hari ini.
Razlam berkata, bagi mempertahankan diri, mangsa menyembur serbuk lada ke arah suspek sebelum tampil membuat laporan.
Selain menumbuk mangsa, suspek turut bertindak mengoyakkan baju pemandu e-hailing itu.
"Mangsa turut mendakwa mengalami kecederaan ringan pada bahu, leher, dada dan sakit pada muka akibat insiden berkenaan.
"Setakat ini, kita masih kesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Pemandu e-hailing cedera dipukul penumpang (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Pemandu e-hailing cedera dipukul penumpang


ADVERTISEMENT