sfhzuraz Publish time 5-4-2024 02:33 PM

KPDN Perlis jamin bekalan barangan keperluan cukup, harga tidak naik

KPDN Perlis jamin bekalan barangan keperluan cukup, harga tidak naik


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0405rshraga_1712297270.jpg
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Perlis, Farah Adlina Ropaie (bertopi) meninjau pelaksanaan SHMMP Aidilfitri di Pasar Besar Sena, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF



Kangar: Harga barang keperluan tidak dinaikkan dan bekalan mencukupi untuk menampung keperluan penduduk di negeri ini ketika Aidilfitri.
Itu jaminan diberikan Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Farah Adlina Ropaie, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya, bekalan terutama barangan makanan penting ketika Aidilfitri seperti bawang, cili, daging, halia dan kelapa mencukupi.
"Kita memperoleh bekalan dari pelbagai alternatif termasuklah dari negara jiran, Thailand.
"Bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) kali ini, ayam segar tidak diletakkan dalam kawalan namun tinjauan di beberapa pasar raya mendapati harganya masih berada dalam paras yang memuaskan antara RM7.30 hingga RM7.90 sekilogram," katanya selepas meninjau harga sempena pelaksanaan SHMMP Aidilfitri di Pasar Besar Sena, di sini hari ini.
Farah Adlina berkata, kementerian sudah sudah menggerakkan semua anggota bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di peringkat pemborong serta peruncitan terutama di lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pasar raya seluruh Perlis.
"Pendekatan ini membolehkan pengutakuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Peniaga Pasar Besar Sena, Saad Isa berkata, rata-rata peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan dalam skim berkenaan.
"Setakat ini tiada kenaikan harga seperti daging atau sayur sayuran di pasar ini kerana ada banyak gerai alternatif yang menjual barangan kawalan ini, jadi penawarannya banyak dan tidak tertumpu kepada satu tempat sahaja," katanya.


Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 2:08pm
KPDN Perlis jamin bekalan barangan keperluan cukup, harga tidak naik (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: KPDN Perlis jamin bekalan barangan keperluan cukup, harga tidak naik


ADVERTISEMENT