sfhzuraz Publish time 5-4-2024 11:49 AM

Pastikan ketulenan sebelum beli harum manis

Pastikan ketulenan sebelum beli harum manis


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/manis_1712286417.jpg
Harum manis.


Kangar: Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu.
Jabatan Pertanian Perlis dalam satu kenyataan memaklumkan pembeli boleh mendapatkan maklumat ketulenan harum manis itu antaranya melalui platform Facebook atau laman web jabatan berkenaan.
"Pada musim ini, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati kelazatan mangga harum manis Perlis dengan memilih pembelian secara dalam talian atau secara terus dari ladang harum manis yang diiktiraf Jabatan Pertanian.
"Pelanggan boleh membuat pembelian secara dalam talian jualan terus melalui platform Agro Bazaar Online, Sama-sama Local Maybank (Aplikasi MAE), Facebook Jabatan Pertanian Negeri Perlis atau melalui pengedar sah di pusat jualan," menurut kenyataan itu bersempena dengan pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis yang disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini malam tadi.
Kenyataan itu memberitahu festival harum manis anjuran Jabatan Pertanian Perlis itu bertujuan mempromosikan musim pengeluaran mangga itu tahun ini, sekali gus jualan harum manis telah pun bermula secara rasminya hingga hujung Jun nanti.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan pengeluaran harum manis Perlis pada tahun ini dianggarkan sebanyak 1,779.21 tan metrik dengan anggaran nilai jualan berjumlah RM44.48 juta.


Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 11:07am
Pastikan ketulenan sebelum beli harum manis (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Pastikan ketulenan sebelum beli harum manis


ADVERTISEMENT