mattzzx Publish time 4-4-2024 04:54 PM

Abang Zainal Abidin Ketua Polis Daerah Ipoh yang baharu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-04-at-3.02.18-PM.jpeg
MOHD. YUSRI (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen serah terima tugas Ketua Polis Daerah Ipoh di antara Yahaya Hassan (kiri) dan Abang Zainal Abidin (kanan) di Mes Pegawai Kanan di Ipoh hari ini.

IPOH – Bekas Ketua Polis Daerah Padawan, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad secara rasmi menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh yang baharu berkuat kuasa esok.

Abang Zainal Abidin, 56, mengambil alih tugas tersebut daripada Asisten Komisioner Yahaya Hassan yang bersara wajib mulai esok selepas hampir tiga tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri di Mes Pegawai Kanan, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Pada majlis sama, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Ipoh yang baharu antara Wan Adilah Wan Abd. Aziz kepada Lilly Salawati Sahrani dengan disaksikan Pemangku Pengerusi Perkep Kontinjen Perak, Datin Wanita Wari. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/04/abang-zainal-abidin-ketua-polis-daerah-ipoh-yang-baharu/
Pages: [1]
View full version: Abang Zainal Abidin Ketua Polis Daerah Ipoh yang baharu


ADVERTISEMENT