mattzzx Publish time 4-4-2024 04:41 PM

Sang-su import terbaru NSFC

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot_2024-04-04_144801_1712213481.jpg
SANG-su bekas pemain Chungbuk Cheongju FC di K2 League.

Seremban: "Pasukan ini mempunyai ramai pemain berbakat dan saya rasa teruja kerana dapat berlatih bersama mereka. Malah mereka melayan saya seperti satu keluarga dan ini penting bagi sesebuah pasukan bola sepak," kata pemain import terbaharu Negeri Sembilan Fc (NSFC), An Sang-Su.

Pemain berusia 24 tahun berasal dari Korea Selatan itu menandatangani kontrak semusim bersama kelab terbabit sekali gus menjadi pemain import kelima menganggotai skuad Hobin Jang Hobin bagi mengharungi kancah saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

Sang-Su berkata, dia akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman beraksi bersama Chungbuk Cheongju FC yang bermain di K2 League untuk membantu Negeri Sembilan bersaing dengan baik dalam kempen Liga M musim ini.

"Saya akan curahkan pengalaman bersama Chungbuk Cheongju FC untuk manfaat pasukan ini," katanya dalam satu rakaman video di sini.


Terdahulu, jurucakap NSFC mengesahkan An Sang-Su dari Korea Selatan menjadi pemain import terbaharu dalam pasukan berkenaan.

Menurutnya, Sang-Su pemain muda berbakat dan dia boleh beraksi di bahagian tengah selain di posisi pertahanan kanan.

"Kehadiran Sang-Su dijangka akan dapat memberikan suntikan tenaga baru kepada pasukan selain motivasi kepada pemain muda dalam pasukan ini.

"Selain bakal beraksi dalam skuad utama, dia juga akan turut membantu pasukan bawah 23 tahun (B-23) dalam saingan Piala MFL."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1077197/sang-su-import-terbaru-nsfc
Pages: [1]
View full version: Sang-su import terbaru NSFC


ADVERTISEMENT