mattzzx Publish time 4-4-2024 04:34 PM

TSG 'mengganas' lagi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jeja_1712219127.jpg
Ewart memenangi peringkat keempat Jelajah Thailand hari ini. - Foto Persatuan Berbasikal Thailand

KUALA LUMPUR: Terengganu Cycling Team (TSG) meraih kejuaraan kedua dalam perlumbaan Jelajah Thailand selepas pelumba import, Jesse Ewart memenangi peringkat keempat, hari ini.

Pada perlumbaan sejauh 155.9 kilometer (km) dari Phitsanulok ke Phetchabun itu, Ewart, 30, menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa tiga jam 38 minit 26 saat (s).

Tempat kedua menjadi milik wakil tuan rumah Thanakhan Chaiyasombat dari Thailand Continental Cycling Team manakala Adne Van Engelen (Roojai Insurance) ketiga.

"Ia seakan tidak percaya kami berjaya memenangi peringkat ini. Ini menunjukkan kami menjadi lebih baik dari masa ke semasa," kata pelumba yang pernah mewakili Sapura Cycling Team itu.


Kejayaan Ewart mengulangi pencapaian rakan sepasukannya, Nur Aiman Rosli yang menakluki peringkat kedua, Selasa lalu.

Ditanya mengenai perlumbaan peringkat kelima esok dari Phitsanulok ke Phichit sejauh 159km, Ewert berkata mereka mempunyai beberapa pelumba pilihan lain seperti Anatoliy Budyak yang bersaing merebut juara keseluruhan dan Irwandie Lakasek.

Bagaimanapun, Budyak sekarang ini ketinggalan 1:11s di belakang pemegang jersi kuning Van Engelen dan baki dua peringkat selepas ini juga lebih kepada laluan landai tatkala dia adalah seorang pakar pendakian.

Sementara itu, Nur Aiman tidak pulang dengan tangan kosong selepas berakhir peringkat keempat hari ini apabila dia memenangi gelaran pelumba paling agresif.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/04/1231555/tsg-mengganas-lagi
Pages: [1]
View full version: TSG 'mengganas' lagi


ADVERTISEMENT