mattzzx Publish time 4-4-2024 04:32 PM

Druijf sedia bukti ada darah Malaysia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/fedi_1712215748.jpg
Druijf berminat mewakili Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR: Pemain kelahiran Belanda yang dikatakan memiliki susur galur keturunan Malaysia, Ferdy Druijf tampak serius untuk mempertimbangkan masa depannya bersama skuad Harimau Malaya.

Menerusi satu tangkap layar dikongsikan laman media sosial Frfuturetalents, pemain berusia 26 tahun itu menyatakan keinginannnya untuk memperkasa skuad kendalian Kim Pan Gon namun perlu membuktikan bahawa dia dapat mewakili Malaysia secara sah sebagai pemain warisan.

"Saya ada keinginan untuk beraksi bersama Malaysia tetapi buat masa ini, saya sedang menyediakan dokumen untuk membuktikan bahawa nenek saya dilahirkan di Malaysia," kata Druijff seperti dikongsikan Frfuturetalents.

Sebagai rekod, pemain dengan ketinggian 1.90 meter ini beraksi bersama kelab Eredivisie, PEC Zwolle secara pinjaman dari kelab Austria, Rapid Vienna.


Bekas pemain akademi AZ Alkmaar itu juga pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah seperti NEC Nijmegen dan KV Mechelen sebelum berubah arah ke Rapid Vienna.

Berdasarkan semakan di laman sesawang transfermarkt.com, pemain ini memiliki rekod jaringan yang cemerlang selepas berjaya meledak 112 gol dan 21 bantuan gol dari 266 penampilan dalam semua pertandingan.

Dengan rekod jaringan seperti ini, sudah tentu kehadiran Druijf dapat membantu menajamkan lagi jentera serangan skuad Harimau Malaya sekiranya dia dapat dipanggil untuk mewakili negara pada masa akan datang.

Pemain warisan bukanlah satu perkara yang asing buat bola sepak negara memandangkan Malaysia ketika ini memiliki ramai pemain warisan yang sudah menyarung jersi kebangsaan.

Antara pemain berdarah warisan yang menjadi tonggak buat skuad negara adalah Dion Cools, Matt Davies, Brendan Gan, La'Vere Corbin Ong, Stuart Wilkin serta Natxo Insa.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1231520/druijf-sedia-bukti-ada-darah-malaysia
Pages: [1]
View full version: Druijf sedia bukti ada darah Malaysia


ADVERTISEMENT