mattzzx Publish time 4-4-2024 02:54 PM

Kedah sasar Langkawi jadi pulau terbersih

Edited by mattzzx at 4-4-2024 03:01 PM



https://assets.bharian.com.my/images/articles/clean_1712213509.jpg Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria (kiri) diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah merasmikan Seminar Bersih, Indah dan Ceria di Bayview Langkawi. NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Kerajaan negeri meletakkan sasaran menjadikan Langkawi sebagai pulau terbersih di dunia melalui pelbagai perancangan membabitkan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria, berkata semua pemegang taruh berkenaan perlu memainkan peranan bagi mencapai cita-cita itu.

"Hanya kira-kira dua minggu selepas kerajaan negeri melontarkan idea itu, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) tampil proaktif menganjurkan Seminar Bersih, Indah dan Ceria, hari ini.

"Jadi, perkara ini (Langkawi pulau terbersih di dunia) bukan sekadar retorik atau angan-angan Mat Jenin kerana kita serius mahu mencapainya'," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Bersih, Indah dan Ceria di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MPLBP, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah.

Mansor berkata, bagi memperkukuhkan lagi usaha itu, MPLBP mewujudkan 11 jawatankuasa kecil dengan masing-masing dipengerusikan Ahli Majlis bagi memantau dan merancang program kebersihan.


"Mencontohi keadaan Sungai Melaka yang dahulu kotor dan busuk kini berubah menjadi tempat riadah dan tarikan pelancong, jika ada usaha bersungguh-sungguh perkara yang mustahil boleh berubah sekelip mata.

"Semua program kebersihan di pulau ini akan ditingkatkan dan kita sedang jenamakan semula pulau ini sebagai pulau terbersih di dunia sebagai produk tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025," katanya.

Beliau berkata, pada masa sama MPLBP dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sedang bekerjasama bagi menguruskan kutipan kira-kira 100 tan metrik sisa pepejal sehari di pulau ini.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, mahu Langkawi dijadikan pulau terbersih di dunia bagi menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke pulau itu.

Menerusi laporan itu Muhammad Sanusi dipetik berkata, langkah itu diyakini dapat membantu kerajaan negeri menjayakan kempen Tahun Melawat Kedah 2025 bagi merancakkan semula industri pelancongan pasca COVID-19.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/04/1231499/kedah-sasar-langkawi-jadi-pulau-terbersih



Pages: [1]
View full version: Kedah sasar Langkawi jadi pulau terbersih


ADVERTISEMENT