mattzzx Publish time 4-4-2024 02:43 PM

Suspek tikam teman lelaki ketika hubungan seks ada rekod jenayah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/crime_2_1712211265.jpg
GAMBAR hiasan

Kota Bharu: Suspek wanita yang menikam teman lelakinya ketika mengadakan hubungan seks sebelum mayat mangsa ditemui di Dataran Lemang, Maniek Urai, Kuala Krai, Isnin lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek, 28, berasal dari Terengganu.

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam sehingga 9 April ini," katanya ketika dihubungi.

Semalam media melaporkan, mayat lelaki ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dekat Kuala Krai kelmarin, dengan tiga kesan tikaman dipercayai dilakukan seorang wanita yang dipaksa melakukan seks oleh mangsa.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077176/suspek-tikam-teman-lelaki-ketika-hubungan-seks-ada-rekod-jenayah
Pages: [1]
View full version: Suspek tikam teman lelaki ketika hubungan seks ada rekod jenayah


ADVERTISEMENT