mattzzx Publish time 4-4-2024 02:41 PM

'Safawi tak kisah'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pawid_1712211719.jpg
Pemain sayap TFC, Safawi Rasid (kiri) diberikan peranan sebagai kapten ketika berdepan PDRM FC, Selasa lalu. Foto TFC

KUALA TERENGGANU: Pemain sayap baharu Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid tidak kisah siapa yang bakal diberi peranan sebagai kapten skuad itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Jelas pemain berstatus pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, baginya gelaran berkenaan tidak begitu penting kerana apa yang lebih penting adalah persembahan terbaik perlu diperagakan ketika beraksi.

Tambah anak jati Terengganu kelahiran Dungun itu, siapapun yang bakal diberi tanggungjawab berkenaan, sebagai rakan sepasukan perlu memberikan kerjasama dan sokongan padu dalam setiap perlawanan.

Terdahulu ketika aksi persahabatan kedua menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang Selasa lalu yang berpihak kepada TFC dengan kemenangan 6-1, pemain Harimau Malaya itu diberi peranan sebagai kapten pasukan.


"Sudah tentu saya menghargainya selepas diberi kepercayaan barisan jurulatih sebagai ketua pasukan ketika aksi persahabatan menentang PDRM.

"Tapi jika selepas ini tidak diberikan peranan sebagai kapten, saya tidak kisah, saya akan tetap memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap perlawanan jika diturunkan.

"Lagipun saya tidak memikirkan perkara itu, siapapun yang dilantik nanti saya terima, apa yang penting semua pemain perlu bekerjasama di padang," kata Safawi.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1231473/safawi-tak-kisah
Pages: [1]
View full version: 'Safawi tak kisah'


ADVERTISEMENT