sfhzuraz Publish time 4-4-2024 02:10 PM

Suami isteri bersyukur dibantu

Suami isteri bersyukur dibantu


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0404rskanser_1712209114.jpg
Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (Kiri) ketika menziarahi pesakit kanser payu dara tahap empat, Khalijah Hashim. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI



Kuala Nerang: Kesedihan dilalui suami isteri kerana tiada kemampuan untuk menyambut Aidilfitri kerana si isteri terlantar akibat kanser payu dara terubat apabila Cancer Survivors Malaysia (CSM) tampil membantu.
Kunjungan Pengerusi CSM, Zuraini Kamal ke rumah pasangan itu di Kampung Genting Palas, di sini, ibarat memberikan sinar buat Md Daud Ahmad, 63, dan isterinya, Khalijah Hashim, 53.
Zuraini berkata, CSM terpanggil membantu membeli sebuah mesin basuh automatik untuk memudahkan Md Daud mencuci pakaian selain menjelaskan tunggakan bil elektrik dan air mereka.
Menurutnya, pihaknya turut membantu pasangan terbabit membayar hutang berjumlah hampir RM700 di kedai runcit.
"Daripada pemantauan kami, kehidupan suami isteri ini sangat susah sehingga terpaksa berhutang membeli barangan keperluan harian di kedai runcit menyebabkan hutang bertambah kerana tiada wang.
"CSM turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada pasangan ini untuk kegunaan mereka ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Zuraini berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan kisah suami isteri ini dalam usaha bagi meringankan beban yang dipikul mereka.
Sementara itu, Md Daud berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan bersyukur kerana kesemua hutang sudah dilangsaikan.
"Alhamdulillah, Hari Raya ini amat bermakna buat saya dan isteri kerana sebelum ini kami risau kika bekalan elektrik dan air dipotong," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi mengundang kesedihan buat suami isteri kerana tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan persiapan seperti orang lain.


Disiarkan pada: April 4, 2024 @ 1:38pm
Suami isteri bersyukur dibantu (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Suami isteri bersyukur dibantu


ADVERTISEMENT