mattzzx Publish time 4-4-2024 01:21 PM

'Spider Solo' ceroboh, curi tiga premis dalam sehari dipenjara 8 bulan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/solo_1712206927.jpg
Tertuduh (kanan) hadapi tiga tuduhan berkaitan memiliki barang curi dan ceroboh premis

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang didakwa memecah tiga rumah hanya dalam tempoh sehari hingga aksinya tular di media sosial, dipenjara 20 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Hassanuddin Efendi, 21, yang tiada pekerjaan tetap, mengaku bersalah sebaik tiga pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki harta curi berupa dua bentuk cincin dan juga sepasang subang kepunyaan wanita berusia 59 tahun serta selain seutas jam tangan jenama Balmer, milik lelaki berusia 23 tahun.

Kedua-dua kejadian ini berlaku di perkarangan Surau India Muslim dan Surau India Muslim Selatan, Jalan Fatimah, di sini, jam 3.30 petang, 20 Mac lalu.


Bagi kedua-dua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pertuduhan ketiga, pula dia dakwa memecah masuk sebuah lagi rumah dan juga kenderaan sebelum melarikan telefon bimbit milik lelaki berusia 54 tahun, di Taman Sri Kenangan, di sini, 2.45 pagi, hari sama.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa pertama yang juga seorang wanita mendapati keadaan keretanya berselerak sebelum mengesan barang kemas berupa cincin dan subang hilang. Selepas itu tertuduh memasuki rumah berikutnya lalu melarikan jam tangan dan kejadian terakhir, telefon bimbit.

Bagaimanapun, aksi tertuduh memanjat pagar rumah kesemua mangsa terbabit dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum polis berjaya menahannya untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam bulan untuk pertuduhan pertama dan kedua, manakala pertuduhan ketiga, lapan bulan.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan semua hukuman penjara terbabit berjalan serentak bermula tarikh ditahan pada 20 Mac lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1231415/spider-solo-ceroboh-curi-tiga-premis-dalam-sehari-dipenjara-8-bulan
Pages: [1]
View full version: 'Spider Solo' ceroboh, curi tiga premis dalam sehari dipenjara 8 bulan


ADVERTISEMENT