mattzzx Publish time 4-4-2024 12:40 PM

Empat kilang diarah henti operasi kerana gagal urus sisa kimia buangan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1712203325_1712204132.jpg
Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dr Mohd Famey Yusoff ketika meninjau pengambilan sampel pelepasan efluen di kawasan sistem pengolahan effluen perindustrian dalam Ops Gempur Raya di kawasan perindustrian sekitar Iskandar Puteri, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Empat kilang di negeri ini diarah menghentikan operasi sementara selepas dikesan gagal menguruskan efluen atau sisa buangan cecair termasuk kimia seperti ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata arahan pemberhentian operasi dibuat selepas kelengkapan dan peralatan memproses efluen di premis berkenaan gagal berfungsi.

Katanya, sisa buangan cecair empat premis kilang terbabit tidak diproses dengan betul sebelum ia dilepaskan di punca air sekali gus berisiko menyebabkan pencemaran.

"Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan Perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) atau pemberhentian sementara operasi terhadap empat kilang berkenaan sehingga peralatan memproses efluen kilang terbabit dapat berfungsi seperti biasa.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1712203325_%282%29_1712204195.jpg
Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dr Mohd Famey Yusoff ketika meninjau pengambilan sampel pelepasan efluen di kawasan sistem pengolahan effluen perindustrian dalam Ops Gempur Raya di kawasan perindustrian sekitar Iskandar Puteri, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1712203325_%281%29_1712204207.jpg
Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dr Mohd Famey Yusoff ketika meninjau pengambilan sampel pelepasan efluen di kawasan sistem pengolahan effluen perindustrian dalam Ops Gempur Raya di kawasan perindustrian sekitar Iskandar Puteri, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

"Tindakan terhadap empat kilang terbabit diambil susulan Ops Gempur Raya empat hari yang dijalankan JAS Johor secara serentak bermula hari ini membabitkan 48 pegawai dan 17 pasukan penguatkuasaan.

"Hari ini 50 pemeriksaan premis industri dilaksanakan secara serentak di semua daerah dengan 42 arahan lapangan; 15 syor Notis Arahan dan 30 syor kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk kegagalan pengurusan efluen.

"Pelaksanaan Ops Gempur Raya ini menyasar premis yang mempunyai tahap pematuhan rendah terhadap akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 serta premis bermasalah yang sering dikenakan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Ops Gempur Raya di kawasan perindustrian Gelang Patah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Terdahulu Tian Soon dan Mohd Famey meninjau pengambilan sampel pelepasan efluen di kawasan sistem pengolahan effluen perindustrian kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, sampel efluen turut diambil di semua kawasan pemeriksaan sepanjang operasi dilaksanakan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Katanya, jika berlaku pelanggaran termasuk pengesanan sisa kimia dilepaskan tanpa dirawat, tindakan lebih tegas akan diambil terhadap premis industri berkenaan termasuk kemungkinan tindakan pendakwaan.

"Operasi penguatkuasaan dilaksanakan JAS Johor ini menunjukkan keseriusan kerajaan Johor menangani isu pencemaran alam termasuk ketika musim perayaan," katanya.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, JAS Johor sentiasa menganalisis kandungan sungai di negeri ini bagi menangani isu pencemaran yang boleh menyebabkan sumber air negeri tercemar sekali gus membahayakan pengguna.

Katanya, ia berikutan sebanyak 216 peralatan khas bagi mengesan pencemaran di sungai serta punca air di negeri ini berfungsi bagi mengesan pencemaran sungai

"Sebanyak 216 peralatan khas itu membolehkan sampel air sungai diambil secara manual secara berkala manakala empat lagi adalah pengambilan sampel secara automatik.

"Langkah ini menyebabkan kita berjaya mengenal pasti sebanyak 14 sungai negeri ini tercemar dan mengambil langkah segera bagi mengurangkan pencemaran sungai berkenaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1231374/empat-kilang-diarah-henti-operasi-kerana-gagal-urus-sisa-kimia
Pages: [1]
View full version: Empat kilang diarah henti operasi kerana gagal urus sisa kimia buangan


ADVERTISEMENT